Semasa

Empat Beranak Termasuk Bayi 10 Bulan Maut Motorsikal Ditunggang Dirempuh & DigiIis Lori Pasir

Kota Tinggi: Empat beranak maut selepas motosikal ditunggangi mereka terbabit kemalangan dengan lori membawa muatan pasir di Kampung Semanggar di sini, hari ini.

Mereka yang maut dikenali sebagai Mohamad Suti Yahaya, 39, isterinya, Siti Jamaliah Mohd Yatim, 27, serta dua anak mereka, Nur Firman Hadi Abdul Rahman, 4, dan Nurfatihah Jannah berusia tujuh bulan.

GAMBAR KEJADIAN DI BAWAH SEKALI

Mereka dilaporkan maut di lokasi kejadian akibat cedera parah.

“Sebelum ini, mereka pernah juga terbabit kemalangan, namun hanya cedera.

“Kami pernah menasihati untuk beli kereta, namun mereka memaklumkan tidak apa. Kami kasihankan anak dan isterinya sahaja, tetapi tidak sangka perkara yang kami bimbangkan berlaku hari ini,” katanya.

Rosni berkata, kali terakhir dia bertemu anak sulungnya itu kelmarin, ketika suami isteri itu mengambil anak mereka yang ditumpangkan di rumahnya.

“Ketika mereka ke Negeri Sembilan, mereka menumpangkan dua anak mereka di rumah saya di FELDA Pasir Raja.

“Bila balik, mereka sempat tidur di rumah sebelum pulang ke rumah di Kampung Mawai. Masa itu anak seperti biasa sahaja tiada apa yang pelik.

“Kami bersalaman masa itu cuma bila saya nak cium dia, dia tak mahu,” kata ibu kepada tiga anak itu.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Hussin Zamora ketika dihubungi mengesahkan kemalangan itu, namun memaklumkan siasatan lanjut masih dijalankan.

PERHATIAN: Pihak KAMI tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KAMI juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut. Click Disini

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan

Share Ya. Terima Kasih!

Sumber – Utusan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *