Semasa

‘Dia ejek saya tak kerja’ – Lelaki Berang Diperlekehkan Sanggup Kerat 11 Bahagian Badan Bekas Makwe Sendiri

Seorang wanita bukan sahaja dibunuh, malah setiap anggota tubuhnya dikerat 11 bahagian sebelum dibuang ke dalam sungai di Semarang, Jawa Tengah, Indonesia.

RAKAMAN VIDEO ADA DI BAWAH SEKALI

Kholidatunnimah Aswirto yang berusia 24 tahun itu menjadi mangsa pembunuhan sadis oleh seorang lelaki yang juga dikatakan bekas kekasihnya.

Mangsa dikatakan dicekik oleh Imam Sobari, 32, sehingga mati pada malam 16 Julai lalu selepas suspek berang dan sakit hati berikutan mangsa memperlekehkannya tidak bekerja.

SEMPAT CURI BARANG KEMAS

Lagi zalim, kesemua keratan badan tersebut disumbat ke dalam beg plastik sebelum dibuang secara berasingan di beberapa tempat dengan niat mahu mengaburi mata pihak berkuasa.

Lelaki tersebut juga mencuri dan menjual barang kemas milik mangsa yang bernilai lebih RM700 sebelum mahu melarikan diri.

Pun demikian, sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah juga!

Penemuan keratan tangan kanan dan kiri bersama cebisan daging serta tulang di dalam plastik di dalam sungai oleh seorang kaki pancing membongkarkan kejadian mengerikan berkenaan.

Selepas laporan polis dibuat, beberapa anggota badan lain berjaya ditemui termasuk kad bank yang tertera nama mangsa.

Pada awalnya, pihak polis sukar untuk mengesan identiti mangsa disebabkan keadaan badan yang rosak teruk, namun sejurus siasatan lanjut, pelaku berjaya ditangkap baru-baru ini.

Menurut portal itu lagi, ayah mangsa turut tidak menyangka suspek yang merupakan jiran sanggup melakukan perbuatan terkutuk tersebut.

Keluarga malang berkenaan juga meminta pihak berkuasa menjatuhkan hukuman paling berat kepada suspek sebagai pengajaran.

Kejadian tersebut sudah tentunya meninggalkan trauma kepada keluarga mangsa dan menggemparkan penduduk setempat.

Semoga insiden berdarah itu menjadi iktibar kepada semua khususnya wanita di luar sana supaya lebih berhati-hati.

PERHATIAN: Pihak KAMI tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KAMI juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut. Click Disini

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan

Share Ya. Terima Kasih!

RAKAMAN VIDEO :

Sumber SH

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *