Semasa

lbu Ayah Buang Aku Dduk Dgn Nenek Dan Maksu Dari Kecik, Bila Aku Dah Berjaya Dorang Terhegeh2 Cari Aku

Gambar sekadar hiasan. Baca perlahan-lahan. Semoga menjadi ikhtibar. Assalam semua. Terdetik dihati nak mencoret kisah saya lepas terbaca confession tentang kisah anak terpinggir, Saya adalah salah seorangnya. Ini kisah saya. Saya Maisara berumur 20 an. Berasal dari sebuah negeri di pantai timur. Bekerja dalam bidang perbankan di ibu kota. Ibu dan bapa saya bercrai ketika saya berumur 10 tahun. Saya merupakan anak tunggal.

Selepas bercerrai ibu keluar rumah dan berpindah ke utara. Saya masih ingat kehidupan saya ketika itu ibarat sebiji bola. Ditendang ke sana ke sini.

Hujung minggu biasa nya ibu saya akan mengambil saya balik ke rumah nya. Pada hari persekolahan saya tinggal dengan ayah. Begitulah rutin saya lebih kurang dalam setahun. Tak lama kemudian ibu saya berkahwin baru.

Satu hari ketika di rumah nenek saya terdengar ayah bergduh mulut dengan nenek dan maksu. Saya ingat lagi ayat nenek, “Kalau susah sangat biar aku yang jaga Sara kau jaga lah keluarga baru kau”.

Saya menangis teresak-esak masa tu. Faham la saya ayah tak nak saya tinggal dengan dia lagi. Kemudian nenek masuk ke dalam bilik saya. Nenek pelok saya dan bagitau “Sara.. sara balik rumah ambik barang-barang Sara ye. Sara tinggal je dengan nenek ye. Nenek dan maksu akan jaga Sara”.

Bermula kehidupan baru saya dirumah nenek. Alhamdulillah nenek jaga saya dengan penuh kasih sayang. Makan pakai semua cukup. Maksu pon. Apa yang saya nak maksu akan cuba penuhi walaupon maksu hanya kerja kilang je.

Alhamdulillah saya bahagia. Bahagia lebih daripada ketika saya tinggal di rumah ayah. Bila gaji maksu akan bawa saya dan nenek pergi jalan-jalan, shopping di supermarket dan makan kfc. Seronok sangat.

Ayah pon dah jarang balik. Kalau balik pon sekejap je untuk bagi duit pada nenek. Ibu lagi la memang hilang dari radar terus. Telefon pon tak. Tapi masa tu saya dah tak rasa sedih sangat sebab saya dah dapat kasih sayang yang cukup dari nenek dan maksu.

Masa saya tingkatan 5 lebih kurang. Tiba-tiba ayah ajak saya tinggal dengan dia. Tapi rupa-rupanya ada udang disebalik mee. Saya dibuat macam bibik dirumah tu. Kena basuh pinggan, masak, dan jaga adik tiri. Adik tiri ada 3 orang. Kecik2 semuanya.

Oo barulah saya faham dulu tak nak jaga saya. Sekarang saya dah besar dah pandai buat kerja rumah barulah minta saya tinggal dengan dia. Dalam seminggu saya minta balik rumah nenek. Alasan saya sebab saya tak boleh belajar dalam rumah tu. Saya kena fokus sebab dah nak Spm.

Alhamdulillah dari segi akedemik saya boleh dikatakan cemerlang. Masa PMR saya dapat straight A. Masa Majlis Penyampaian Hadiah batang hidung ayah pon tak nampak. Sedih jugak masa tu bila tengok kawan-kawan semua ada bersama parents masing-masing.

Begitu jugak dengan aktiviti lain yang melibatkan ibu bapa, ayah tak pernah datang. Nasib baik ada nenek dan maksu. Pernah nenek datang ke mesyuarat pibg saya walaupon kurang sihat. Maksu pulak kena kerja.

Nenek selalu pesan walau apa pon terjadi, saya tak boleh paatah semangat. Hanya pendidikan yang boleh membuka mata kedua ibu bapa saya. Sejak haritu saya bertekad akan belajar bersungguh-sungguh bukan untuk ibu dan ayah. Tapi untuk nenek. Untuk balas segala jasa nenek dan maksu.

Alhamdulillah saya dapat keputusan cemerlang dalam spm dan berjaya ke IPT di KL. Alhamdulillah.. Betul kata nenek. Masa tu baru ibu tunjukkan muka dia. Ayah pulak dah rajin call tanya keperluan itu ini. Saya kata tak pe semua dah cukup.

Sepanjang pengajian saya pernah 3 kali ibu datang melawat saya di kolej. Tapi perasaan saya masa tu entah la. Takde rasa apa. Takde rasa rindu atau teruja. Rasa kosong dan biasa saja. Ayah pulak bila tahu saya balik cuti semester sibuk nak ambil saya di stesen bas.

Saya kata takpe saya boleh naik bas dan terus balik ke rumah nenek. Kenapa sekarang setelah saya dah pandai berdikari baru nak peduli hal saya ye. Kenapa tak peduli masa saya sangat perluukan diorang. Kenapa baru sekarang?

Selepas habis belajar alhamdulillah saya terus dapat kerja di KL. Sedikit demi sedikit saya balas jasa nenek dan maksu. Saya kumpul duit gaji saya dan ubahsuai rumah nenek, beli perabot baru, beli penapis air, aircond dan macam-macam lagi.

Nenek menangis terharu bila nampak rumah papan dia bertukar batu. Saya juga buat loan untuk beli kereta baru maksu. Kereta kancil lama asyik rosak je. Itu saja yang saya mampu buat untuk balas segala jasa nenek dan maksu selain dari doa yang tak pernah putus untuk diorang.

Pasal ibu dan ayah pulak. Sekarang barulah nak tunjuk caring. Pernah ibu tiri masak macam-macam dan ajak saya makan malam dirumah bila tahu saya ada dekat kampung. Cakap pon bukan main lembut sebelum ni pandang pon tak.

Ayah pulak pernah bagi hint katanya gaji saya dah besar siap boleh hulur kat nenek 1k sebulan tak kan tak boleh hulur sikit untuk dia. Saya buat tak dengar je.

Ibu pon pernah call saya nak pinjam duit katanya untuk buat umrah tapi saya bagitau ibu, “maaf ibu kakak tak de duit sekarang sebab kakak pon tengah nak kumpul duit untuk nenek pergi umrah jugak”. kejjam tak saya?

Entah la saya tahu macam mana buruk pon diorang tetap ibu dan ayah saya. Saya dah maafkan diorang tapi saya mungkin belum melupakan. Setiap hari saya berdoa kepada Allah supaya putih kan hati saya dari denndam ini.

Pernah sekali saya bawak nenek dan maksu bercuti ke Vietnam dan saya upload gambar2 di fb dan tag ayah dan ibu tiri saya. Saya sengaja nak diorang tengok. Betapa hitam nya hati saya.

Tapi jauh disudut hati saya saya cuma nak menggembirakan hati insan yang paling setia dan paling sayang saya, yang ada ketika suka dan duka saya iaitu nenek dan maksu. Mereka lah segalanya untuk saya.

Kepada pembaca iiumc doakan saya ye. Sejujurnya saya tiada memori Indah zaman kanak-kanak bersama ibu dan ayah seperti anda semua. Saya tahu pengalaman pahit ini menjadikan saya seorang yang pendenndam. Saya tahu ini tidak ok.

Semoga Allah tunjukkan saya cahaya untuk saya menjadi anak yang solehah untuk ibu dan ayah saya.

PERHATIAN: Pihak KAMI tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KAMI juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut. Click Disini

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan

Share Ya. Terima Kasih!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *