Johor Bahru: Remaja autistik yang hilang selepas keluar dari rumah keluarga di Bandar Putra, Kulai, sejak Sabtu lalu ditemukan di Tanah Merah, Kelantan, petang kelmarin.
Bapa tirinya, Mohd Azmi Abdullah, 40, berkata Nur Elyana Adryna Abdul Rahim, 16, ditemukan dengan selamat, namun sedikit kurus dan masih trauma.
“Polis ada memaklumkan individu yang bertindak membawa kakak dari Johor hingga ke Kelantan sudah ditangkap dan siasatan sedang dilakukan. Namun polis tidak memberi sebarang maklumat lanjut,” katanya.
Terdahulu, Nur Elyana keluar sendirian tanpa membawa dokumen pengenalan diri ketika dia terlelap, manakala isterinya keluar bekerja.
Menurut Mohd Azmi, anak kedua dari tiga beradik itu tidak mempunyai kawan kerana sifatnya yang pendiam.
“Dia pernah hilang setahun lalu, tetapi dalam tempoh waktu sekejap sahaja dan pulang semula sebelum waktu malam.
“Apa yang membimbangkan kami adalah pada malam hari dia tidak pulang, saya dapat satu pesanan melalui WhatApp dari nombor yang tidak dikenali menyatakan jangan mencari kakak (Nur Elyana) lagi.
“Saya buat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Kulai berhubung kehilangan Nur Elyana dan pesanan melalui WhatApp yang diterima itu.
“Saya risau kerana kakak keluar tidak membawa apa-apa termasuk telefon bimbit, saya sudah ajar kakak supaya mengingati nombor telefon saya dan ibunya jika berlaku apa-apa kepadanya,”
Katanya yang turut menerima panggilan dari orang tidak dikenali memaklumkan perkara buruk terjadi terhadap anaknya.
Katanya, dia dan isteri turut menghubungi dan mencari Nur Elyana di rumah ahli keluarga terdekat bagaimanapun mereka juga tidak tahu di mana gadis itu berada.
“remaja autistik rupanya..x guna punya manusia yg ambil kesempatan atas kekurangan remaja ni” – Robbi
“Tak jauh dah tu t.merah ke golok dekat dah tu mujur lah cepat cepat tahu….” – Shahruddin
“yg bawak lari tu belum tentu orang kelantan entah orang negeri lain orang jahat ni mcm2 sebab kelantan sempadan Thailand alhamdulillah jumpa selamat” – Norehan
PERHATIAN: Pihak KAMI tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KAMI juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan
Share Ya. Terima Kasih!
Sumber : HM