Semasa

Maayat Ditemui Di Tengah Hutan, Paramedik Terpaksa Membonceng Jenazah Utk Dibawa ke Hospital

PASUKAN paramedik terpaksa membawa mayat seorang lelaki ke hospital dengan mengikatnya di belakang badan mereka, sambil menunggang motosikal.

Ini kerana tiada cara lain untuk membawa mayat tersebut keluar dari tengah hutan.

RAKAMAN VIDEO DAN GAMBAR KEJADIAN ADA DI BAWAH SEKALI

Pekerja kecemasan, Montree Phiewphong dan abangnya Apichart membawa mayat seorang penduduk kampung, Leuang Chodkasem, 73, selepas dia rebah ketika memetik buah-buahan di hutan di Nakhon Ratchasima, Thailand pada 14 Ogos lalu.

Leuang dilaporkan berjalan jauh ke dalam hutan pada 13 Ogos lalu untuk mencari beberapa buah untuk dituai.

Bagaimanapun menurut anak lelakinya, Leuang tidak pulang ke rumah sejak itu.

Satu operasi mencari Leuang sehingga menemukan lelaki itu sudah tidak bernyawa berada di bawah sebatang pokok pada 14 Ogos.

Pihak berkuasa dipanggil untuk membantu membawa keluar mayat tetapi terbukti sukar kerana lokasi kejadian terletak lebih 30 minit dari rumah terdekat.

Maka Montree dan Apichart terpaksa membawa mayat dengan memboncengnya menggunakan motosikal. 

Mayat Leuang dibawa ke Hospital Wang Nam Khiao untuk bedah siasat bagi mengenal pasti punca kematian.

RAKAMAN VIDEO – Daily Star KLICK DISINI

PERHATIAN: Pihak KAMI tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KAMI juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut. Click Disini

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan

Share Ya. Terima Kasih!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *