APABILA membabitkan orang tua, perumpamaan ‘seorang ibu boleh menjaga 10 anaknya tetapi belum tentu 10 anaknya mampu menjaga seorang ibu’ pasti akan dititipkan. Malahan, ia seakan dinormalisasikan dalam masyarakat hari ini disebabkan tuntutan kerja dan sebagainya.
RAKAMAN VIDEO YANG BERKAITAN ADA DI BAWAH SEKALI
Bagaimanapun, keluarga Rashidah Razali mempamerkan sisi berbeza apabila mereka adik beradik mengambil tanggungjawab dan saling bergilir menjaga ibu yang terlantar sakit (bedridden). Menurut wanita berusia 30 tahun itu, iparnya juga turut membantu menjaga ibu yang uzur selain mereka 11 beradik.
Menurut anak jati Kuala Berang Terengganu itu lagi, dia mula menjaga ibu sejak kerajaan mewujudkan skim bekerja dari rumah (BDR) semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada wakti itu, Bagaimanapun selepas BDR ditamatkan, dia perlu berulang alik ke Kuala Terengganu dari Kuala Lumpur.
Kini Sharifah menjadi salah seorang leader Shakelee. Ekoran itu, dia mengambil keputusan untuk berhenti kerja dan pulang ke kampung.
Bermula dari situ saya melakukan kerja sendiri dan Alhamdulillah suami menyokong setiap tindakan yang diambil. Saya juga berpeluang menjaga ibu secara bergilir dengan adik beradik yang lain, luahnya.
Rashidah yang kini bekerja sebagai ahli fisioterapi di samping terlibat dalam perniagaan rangkaian produk kesihatan dan kecantikan berkata, dia sedikit pun tidak berasa lelah atau terbeban sepanjang tempoh mengurus dan menjaga ibu yang terlantar sakit.
Alhamdulillah kesukaran jaga ibu bagi saya tiada, memandangkan ibu bukanlah pesakit yang panas baran.
“Disebabkan background pekerjaan saya sebelum ini banyak berkecimpung dengan kecederaan dan atlet, ia membuatkan saya terbiasa dengan pengurusan pesakit.
“Mengeluh terbeban tu tiada sebab saya bergilir dengan adik beradik. Penat pasti ada dan itu perkara biasa dalam uruskan orang sakit. Cuma satu saja saya pasak dalam hati… pasti ada ganjaran bagi orang yang menyantuni ibu bapa.
Tambahan pula ibu bapa cuma satu dan pergi mereka tak ada ganti. Jadi sementara ibu masih ada saya akan berbakti sebaik mungkin sebelum terlambat atau menyesal di kemudian hari.
Saya nak elakkan perkara-perkara seperti itu. Oleh itu apabila ada peluang saya akan buat dan berikan yang terbaik,” luahnya lagi.
Mengulas tentang video yang dimuat naik di TikTok, ujarnya ia bertujuan untuk menonjolkan tindakan yang baik agar dapat menjadi contoh kepada anak-anak dan masyarakat yang lain.
Tambahnya lagi, menjaga ibu bukanlah perkara yang membebankan jika seseorang itu tidak ‘berkira’ dan mempunyai sikap bertolak ansur. Sehingga kini video perkongsiannya itu ditonton lebih 1.1 juta pelayar selepas dimuat naik.
PERHATIAN: Pihak KAMI tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KAMI juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan
Share Ya. Terima Kasih!
View this post on Instagram
Sumber: http://www.bsm.kini.blog