Semasa

“Cinta Sampai Ke Taliy Gntung” Susah Senang Kita Tetap Akan Bersama

Johor Bahru: Sepasang kekasih dihadapkan ke Mahk4mah Majistret di sini, hari ini atas dua pertuduhan mengedar dan memiliki dahdah, awal bulan ini.

Bagi pertudihan pertama, Loh Kok Kiong 49, dan Soh Yong Xin, 32, didakwa bersama-sama mengedar methamphetamine dengan berat kasar 9.625 kilogram di Blok F-21-10, Ataraxia 2, Jalan Forest City 15, Forest City, Gelang Patah di sini pada jam 11.15 pagi, 9 Ogos lalu.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 39B(1)(2) Akta Dahdah Berbahaya (ADB) 1952 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 39B(2) akta sama dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang membawa hukiman mati atau penjara seumur hidup dengan minimum 15 sebatan, jika sabit kesaIahan.

Lelaki warga Singapura itu mengangguk faham dan tiada pengakuan direkodkan bagi dua pertuduhan dihadapinya iaitu mengedar 1.505 kilogram methamphetamine dan 139 gram nimetazepam pada jam 1.30 petang di B-21-12, Residensi Lapan, Jalan Sutera Kuning, Taman Sutera di sini.

Bagi perbuatan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 39B(1)(a) ADB 1952 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 39B(2) akta sama yang membawa hukuman mati atau penjara seumur hidup dengan minimum 15 sebatan.

Selain itu, dia didakwa memiliki 100 gram ketamin pada jam 11.15 pagi di kawasan letak kereta berhadapan Blok F, apartment sama di Forest City, Gelang Patah di sini.

Manakala, bagi pertuduhan terakhir, lelaki itu mengaku tidak bersaIah memasukkan methamphetamine ke dalam dirinya pada jam 10.30 malam di Pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Nark0tik, Ibu Pejabat P0lis Daerah Iskandar Puteri di sini.

Dia didakwa mengikut Sek syen 15(1)(a) ADB 1952 boleh dihukum Seksyen 15 akta sama yang membawa hukuman denda sehingga RM5,000 atau penjara maksimum dua tahun dan perintah pengawasan selama dua hingga tiga tahun.

Pendakwaan yang dijalankan Timbalan Pendakwa Raya Danial Munir tidak menawarkan sebarang jaminan terhadap kedua-dua tertuduh yang tidak diwakili peguam.

Mahkamah kemudian menetapkan 20 September depan untuk sebutan semula kess sementara menunggu lapiran kimia dan patologi.

PERHATIAN: Pihak KAMI tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KAMI juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut. Click Disini

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan

Share Ya. Terima Kasih!

Sumber : HM

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *