Sebelum ini, viral di media sosial mengenai seorang duda kaya di Jawa Barat, Indonesia menikahi gadis berusia 19 tahun. Namun begitu, pasangan itu dilaporkan sudah bercerai setelah dua bulan mendirikan rumah tangga.
Ikuti cerita penuh di bawah :
Lelaki warga emas berusia 65 tahun dari Kabupaten Cirebon, Jawa Barat, Indonesia sebelum ini pernah tular di media sosial kerana berkahwin dengan remaja perempuan berusia 19 tahun.
Orang ramai bukan sahaja mempertikaikan jarak umur di antara H. Sondani dengan Fia Barlanti, malah juga mempersoalkan mas kahwin yang diberi bernilai 500 juta rupiah (RM150K).
Setelah selesai urusan perkahwinan pada 18 Mei 2022, pasangan itu dikatakan pergi melaksanakan ibadah umrah di Tanah Suci. Malangnya, perkahwinan yang belum mencapai setahun itu dikatakan telah terkandas.
Media tempatan melaporkan, H. Sondani dan Fia Barlanti telah bercerai dan perkara itu disahkan oleh jiran H. Sondani sendiri.
“Perkahwinan mereka hanya bertahan selama dua bulan. Sekarang, mereka sudah bercerai. Itulah kesannya kerana terlalu terburu-buru. Kesian orang tua itu, dia sedang sakit sekarang,” katanya.
Difahamkan, H. Sondani telah memberi Fia mas kahwin 500 juta rupiah, sebuah rumah, kereta dan membiaya umrah untuk keluarga Fia. Perkahwinan mereka juga telah dilangsungkan secara besar-besaran.
PERHATIAN: Pihak KAMI tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KAMI juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan
Share Ya. Terima Kasih!
Sumber: Kompas