Usia perkahwinan baru mencecah sebulan, penyanyi Wany Hasrita terpaksa berpisah dan kembali menjalani hubungan jarak jauh dengan suaminya Mohd Al-Adib Fahmi Harun.
“Sepanjang bercuti pun kami berdua banyak lepak di rumah, sebab kami tahu apabila sudah kembali bekerja nanti, tiada peluang nak bersama. Lepak di rumah adalah momen yang seronok buat kami berdua,” katanya.
Seperti biasa, apabila sudah mendirikan rumah tangga pasti akan ditanya mengenai soal cahaya mata pula. Bagaimanapun, Wany berkata dia belum ditanya lagi mengenai perkara itu.
“Alhamdulillah, setakat ini belum ada lagi yang bertanya mengenai cahaya mata.
Sekarang ini ke mana saya pergi dan berjumpa orang, mereka banyak mengucapkan selamat pengantin baru memandangkan saya pun baru sebulan berkahwin.
“Kalau ada bertanya pun tak mengapa sebab saya rasa pada usia 30 tahun ini, penerimaan saya pada pertanyaan orang ramai agak tenang.
Saya juga lebih relaks. Tiada apa nak kecil hati dan seumpamanya. Tapi perlu diingatkan, ‘common sense’ itu perlu pada setiap orang,” katanya.
Terdahulu, Wany selamat diijabkabulkan pada 22 Julai lalu dengan jejaka pilihan hati, Mohd Al-Adib yang bekerja dalam bidang penerbangan di Kuching, Sarawak.
PERHATIAN: Pihak KAMI tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KAMI juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan
Share Ya. Terima Kasih!