Semasa

Bermula dgn sedekah, peniaga letih jadi ‘mesin ATM’ makcik penagih ddah! Bagi RM3 ‘tak layan’, berdrama jika tak

UMUM mengetahui rakyat Malaysia terkenal dengan sikap pemurah dan suka tolong-menolong antara satu sama lain.

Bagaimanapun, dalam situasi tertentu sikap mulia itu akan ‘makan diri’ apabila semakin ramai yang mengambil kesempatan terutama golongan peminta sedekah dan gelandangan yang sihat serta mampu untuk bekerja.

RAKAMAN VIDEO TULAR ADA DI BAWAH SEKALI

Seperti yang dialami Mohd Syafiq, dia kini seolah-olah menjadi mesin ‘ATM’ bagi seorang wanita yang pernah dibantunya sebelum ini.

Mendedahkan kisah dan pengalamannya kepada kami, anak muda berusia 24 tahun itu berkata, kejadian bermula pada 24 Julai lalu ketika dia mula membantu seorang wanita bersama anaknya.

Malah, selepas mengetahui video tentang dirinya tular di media sosial, dia terus datang dan bertanyakan tentang duit sumbangan yang diberikan orang ramai untuknya.

Apa punya makcik laa camni

Bropit membuka gerai tepi jalan dengan menjual popis.

“Dalam sehari tu dia akan datang dua atau tiga kali. Mula-mula cakap tak cukup duit nak makan, bila petang dia cakap tak ada duit nak buat tambang bas… sedangkan rumahnya hanya berdekatan dengan gerai saya.

“Pernah suatu hari, pelanggan memaklumkan yang makcik tu ada tunggu dan tidur di depan gerai ketika saya tutup operasi.

“Paling mengejutkan apabila dia mengetahui tentang derma yang disalurkan… video tular malam, esok paginya dia datang dan minta duit derma tu yang berjumlah RM1,000,” luahnya.

Duit derma yang diperoleh itu digunakan untuk membeli bahan terlarang, bukannya keperluan harian.

BROPIT

Menurut anak muda yang berniaga di Uptown Sungai Petani, Kedah itu lagi, dia bersyukur apabila video tersebut tular kerana dapat mengetahui tentang kisah makcik tersebut bersama keluarga.

“Saya dihubungi oleh doktor yang merawatnya dan dimaklumkan bahawa keluarga makcik tersebut bermasalah kerana dia ambil dadah. Duit derma yang diperoleh itu digunakan untuk membeli bahan terlarang, bukannya keperluan harian.

Apa punya makcik laa camni

Antara produk jualannya di gerai.

“Malah dia dikatakan bersalin setiap tahun dan mempunyai bilangan anak yang ramai.

“Awalnya saya sukar untuk percaya, namun selepas mendengar cerita yang sama daripada anggota polis… barulah saya sedar ‘taktik’ yang digunakan,” ujarnya.

Dia yang lebih mesra disapa Bropit memberitahu, wanita itu juga akan datang ke gerainya dengan individu yang berbeza-beza termasuk bersama suaminya.

Pernah suatu hari, mereka sengaja buat ‘drama’ di belakang gerai demi meraih simpati selepas tidak dipedulikan.

Apa punya makcik laa camni

Antara reaksi yang ditinggalkan warganet di ruangan komen selepas mengetahui kisah sebenar.

Terbaharu, dia datang menaiki motosikal bersama seorang wanita yang dikatakan kakaknya dan terus meminta duit untuk membeli lauk-pauk untuk makan.

“Dia juga pernah berpura-pura pengsan kerana sawan selain turut mengugut untuk membunuh diri sehingga mengganggu perniagaan apabila saya tidak memberikan duit yang diminta.

“Setakat RM3 tu memang dia tak layan, siap marah dan minta lebih lagi.

“Paling membimbangkan apabila seluruh badannya dipenuhi kudis… saya takut itu adalah kesan penyakit HIV. Tambahan pula, dia berbau busuk dan hanyir yang boleh dihidu dari jauh,” katanya.

Dalam pada itu, Bropit berharap orang ramai berhenti menyalurkan sumbangan untuk makcik tersebut kerana percaya dia akan menggunakan duit itu untuk membeli dadah.

Malah katanya, video baharu yang dimuat naik di aplikasi TikTok adalah untuk memberi kesedaran kepada orang ramai yang terlalu baik hati dan ingin membantu wanita tersebut.

TONTON VIDEO

 

View this post on Instagram

 

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)

Sehingga kini, rakaman berkaitan makcik tersebut sekali lagi tular dan ditonton lebih 2 juta pelayar selepas dimuat naik dalam tempoh 24 jam.

PERHATIAN: Pihak KAMI tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KAMI juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut. Click Disini

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan

Share Ya. Terima Kasih!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *