Lumrah pasangan yang bakal bernikah, pastinya teruja dan berdebar menghitung hari untuk disatukan sebagai Raja Sehari.
RAKAMAN VIDEO DI BAWAH SEKALI
Namun, perancangan Allah melebihi daripada segala-galanya. Kelmarin, hasrat seorang pemuda untuk menamatkan zaman bujang tidak kesampaian apabila tunangnya ‘pergi’ mengejut pada usia hanya 22 tahun.
TUNANG SEORANG YG CERIA.. SEGALA PERSIAPAN DAH DIBUAT. TETAPI AKHIRNYA PERGI BEBERAPA HARI SEBELUM NIKAH
Memetik portal Utusan Online, Mohammad Amirul berkata sebelum ini tunangnya tidak pernah maklumkan tentang sebarang masalah kesihatan yang dihadapinya.
Bahkan Siti Nabilah Rosidi disifatkan sentiasa ceria, apalagi bakal melangsungkan perkahwinan pada bulan hadapan. Bukan setakat segala persiapan sudah dibuat, malah mereka juga ada perancangan untuk berbulan madu di Langkawi.
AYAH TERKEJUT SEMUA ORGAN DALAMAN ANAKNYA ROSAK. RUPANYA MENGALAMI MASALAHAN KESIHATAN SEJAK SEKIAN LAMA
Sementara itu Rosidi Abdullah, 51 amat terkejut apabila doktor maklumkan anak ketiganya itu rupanya mengalami masalah dalaman sejak sekian lama. Hasil forensik mendapati, seluruh organ dalaman termasuklah hati, otak serta buang pinggang dilaporkan telah pun rosak.
Rentetan itu, mereka sekeluarga tertanya-tanya apakah punca sebenar yang menimpa Siti Nabilah hingga meragut hayatnya. Allahyarhamah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Baharu, Kuala Nerang pada semalam.
PERHATIAN: Pihak KAMI tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KAMI juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan
Share Ya. Terima Kasih!
TONTON VIDEO DI BAWAH:
Kredit : TikTok mohdamirul5451 & Utusan Online