Semasa

Beli Nasi Lemak Seringgit Tapi Ikan Bilis Seekor Macam Belah 4. Sekali Netizen Masuk ‘Sekolahkan’ Pembeli Tersebut

TIDAK dinafikan ramai yang mengeluh dengan kenaikan harga makanan berikutan kos bahan mentah naik mendadak.

RAKAMAN VIDEO ADA DI BAWAH SEKALI

Walau bagaimanapun bukan semua peniaga makanan bertindak sedemikian kerana segelintir mereka masih mengekalkan harga yang paling relevan.

Namun realitinya masih terdapat pengguna yang mengeluh apabila makanan yang dibeli dikatakan tidak setimpal.

Begitulah perkongsian seorang lelaki yang terkejut dengan nasi lemak bungkus bersaiz kecil yang dibeli pada harga RM1.

Menurutnya, portion nasi itu tidak memadai kerana boleh dihabiskan dengan hanya beberapa suap.

“Nasi lemak RM1. Sesudu, dua sudu settle. Aduhai,” luahnya menerusi satu video yang kini tular di media sosial.

nasi lemak RM1 2

nasi lemak RM1 3

Nasi lemak RM1 yang mengandungi nasi, telur, ikan bilis dan sambal.

Bagaimanapun, rata-rata netizen berpandangan sebaliknya dengan menyifatkan nasi lemak bungkus RM1 itu berbaloi dan setimpal dengan harganya pada zaman sekarang.

“Sesuai la dengan harga RM1 untuk tahun 2022 bang.

“Sesuai dengan harga la tu. Ikan bilis, ada telur, ada sambal. Cukup syarat.”

“Ok lah tu. Daun pisang tu dia (peniaga) beli.”

“Kau expect penuh satu pinggan ke bang RM1?” katanya.

nasi lemak RM1 4

Antara komen netizen.

Dalam pada itu, ada yang menyifatkan harga RM1 untuk sebungkus nasi lemak berkenaan juga ideal bagi mereka yang kurang berkemampuan.

“Mana tau ada antara kita yang dalam poket cuma ada RM1 untuk makan.

“Sekurang-kurangnya dia dapat makan nasi lemak,” ujar seorang netizen.

PERHATIAN: Pihak KAMI tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KAMI juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut. Click Disini

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan

Share Ya. Terima Kasih!

RAKAMAN VIDEO:

 

View this post on Instagram

 

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)

Sumber : MSTAR ONLINE

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *