Semasa

Beli barang dapur sampai RM300, lsteri terdiam sayu suami marah marah kata boros

Sudah menjadi tanggungjawab suami memberi nafkah kepada keluarganya, termasuklah menyediakan keperluan rumah seperti makanan dan pakaian anak bini.

RAKAMAN VIDEO ADA DI BAWAH SEKALI

Membebel kata isteri boros

Namun begitu, berbeza pula dengan situasi yang menimpa wanita ini bilamana suaminya bersikap sebaliknya ketika melihat dia sedang mengemas keperluan dapur di peti ais.

Dia yang sibuk merakam, tanpa serba salah memarahi isterinya kerana berbelanja terlalu berlebihan sehingga dianggap boros.

Bagaimanapun, sang isteri tidak membalas leteran suami sebaliknya lebih memilih untuk mendiamkan diri sahaja.

“RM 300 je pun!”

Menurut sumber, jumlah keseluruhan perbelanjaan isterinya menggunakan nilai mata wang Malaysia adalah sebanyak RM300.

“Jangan kedekutlah”

Sementara itu, meninjau pula ke ruangan komen, ramai luah kesian mengenangkan nasib wanita berkenaan kerana memiliki suami yang berkira.

Antara komen netizen :

“Yang di beli tu untok keluarga, dah memang jadi biasa waktu sekarang ni,kalau belanja sampai macam itu duit nya. Tak perlu marah marah bang,itu sebetul nya nafkah yang di tuntut dari kita bang.

Saya selalu teman kan Cik isteri belanja,jadi menang tahu benar harga barang hari ini. Itu dah bagus jugak,kalau tengok bill nya berjela jugak nampak nya.

Semua yang di beli keperluan rumah tangga,bukan beli baju atau alat solek,sedang itu jugak termasok nafkah bang.Sekadar beri pandangan,isteri kita pun ada maruah nya.” – Hanil

“300 je pon bkn hbs 1k… Apa la suami mcm ni… Brg dapur aq beli sendiri sebulan bajet RM450 – RM550 brg kering saje,blom lg brg basah seminggu sekali mcm ayam,ikan dan sayur2… Kot ye pon bini beli tu pon nak bg anak & laki dia mkn jgk..suami mcm apa ini” – Irfan

“Sekarang harga barang dapur mmg RM300 atau lebih.Saya setiap bulan buat belanja dapur itulah average nya.Single baikpun bersuami isteri mmg tak kurang dari ni belanja dapur.Kalau mampu cari paku pakis paku uban paku midin di tepi2 jalan atau hutan tu boleh juga kawal belanja tu.” – Joseph

Meskipun, video tersebut mungkin sebahagian daripada ‘content’, tetapi warganet beranggapan hal itu tidak wajar dilakukan.

PERHATIAN: Pihak KAMI tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KAMI juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut. Click Disini

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan

Share Ya. Terima Kasih!

Tonton Video : SILA KLIK DI SINI

Sumber Tiktok

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *