Semasa

Ibu Pelekeh Guru Tunggang Basikal, Anak saya naik BMW sejak dia lahir. Awak adalah seorang guru dan awak naik basikal

Seorang ibu di China mengejek seorang guru kepada anaknya kerana dianggap ‘terlalu mis.kin’ untuk membeli kereta kerana hanya menunggang basikal ke sekolah.

Keadaan itu telah memberikan contoh yang tidak baik sehingga menyebabkan anaknya berfikir bahawa pelajaran adalah perbuatan yang sia-sia. Bagaimanapun, tindakan wanita berkenaan mendapat kritikan hebat daripada netizen.

Tangkap layar perbualan antara ibu bapa dan guru tersebut tular dengan orang ramai mengecam sikap ibu tersebut yang dianggap materialistik, sombong dan biadap.

“Kalau hujan, saya tak akan tunggang basikal. Saya akan berjalan sahaja ke sekolah dengan menggunakan payung,” balas Wang.

Memetik SCMP, pasa saat ini, ibu ini mula mendedahkan perkara yang sebenar mengapa dia mendesak guru tersebut untuk membeli kereta dan memandu ke sekolah.

Anak saya naik BMW sejak dia lahir dan orang-orang disekelilingnya semua mempunyai kereta yang mewah. Awak adalah seorang guru dan awak naik basikal. Apa yang akan dia fikir?” jelasnya.

“Apa yang akan anak anda fikir dengan fakta saya menunggang basikal ke sekolah?” tanya guru kebingungan.

“Setiap hari saya suruh di belajar bersungguh-sungguh dan dia melihat cikgu hanya menunggang basikal ke tempat kerja, apa yang dia akan fikir?

“Dia pasti akan fikir menjadi seorang guru tidak mendatangkan hasil yang dan belajar adalah perkara yang sia-sia. Cikgu telah bekerja keras sepanjang hayat dan taraf hidup cikgu tidak sebaik anak saya.

“Dia telah mempunyai sebuah BMW sejak dari lahir untuk dia gunakan. Saya yakin dia tidak akan belajar dengan bersungguh-sungguh di masa akan datang,” tegasnya.

Tidak jelas sama ada guru itu membalas semula atau tidak kritikan yang dilontarkan, namun ibu bapa lain yang turut berada dalam kumpulan membidas wanita itu dan mempertahankan Cikgu Wang.

PERHATIAN: Pihak KAMI tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KAMI juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut. Click Disini

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan

Share Ya. Terima Kasih!

Sumber – siakapkeli

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *