Semasa

‘Apa dosa Ayah Ngah dilibas hingga maati..’ – Keejam sgt apa yg berlaku pada pkcik

PARIT: “Kejam sangat apa yang berlaku pada Ayah Ngah. Kami terkejut dan sedih dengan apa yang berlaku ini,” kata Shazlinda Muhd Khalil.

Shazlinda, 26, adalah anak saudara Norzi Jaafar, 58, yang ditemui meninggal dunia dengan kesan libas pada leher dipercayai dibunuh di hadapan rumahnya di Kampung Merua, di sini, hari ini.

Shazlinda berkata, arwah Norzi yang dipanggil Ayah Ngah itu, tinggal berseorangan di rumahnya sejak lebih 10 tahun lalu dan disifatkan seorang yang baik, rajin membantu serta lurus.

“Nyah suka mengail ikan dan selalu bagi ikan kepada saya untuk dimasak. Kali terakhir saya jumpa abang dua hari lalu di pekan Parit dia pergi gunting rambut,” katanya sambil memberitahu abangnya tidak menunjukkan perubahan.

Sementara itu, sepupu mangsa yang juga saksi kejadian dikenali sebagai Hisham, 53, berkata, dia pergi ke rumah mangsa untuk meminjam pam racun sebelum terkejut melihat lelaki itu kaku dan kemudiannya ke balai polis untuk memaklumkan kejadian itu.

Katanya, pada mulanya dia menyangka mangsa hanya pengsan kerana diserang asma.

“Sejak keluar hospital arwah agak pendiam tetapi dia seorang yang baik dan suka membantu serta mempunyai hubungan baik dengan penduduk, malah orang kampung juga selalu bantu dia

“Arwah juga selalu membantu mengali liang lahad kalau ada orang kampung meninggal dunia. Dia memang baik tetapi tak pernah pula dia cerita kalau ada masalah,” katanya.

Media hari ini melaporkan, mayat Norzi Jaafar, 58, ditemui dalam keadaan terlentang dengan kesan luka di leher dipercayai dilibas senjata tajam.

Mayat mangsa dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh untuk bedah siasat yang dijangka dilakukan esok.

Salam takziah
Al-fatihah (dibaca)
بِسْم ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم۞ ٱلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلْعَـلَمِين۞ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم۞ مَـلِكِ يَوْمِ ٱلدِّين۞ إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ۞ ٱهْدِنَا ٱلصِّرَطَ ٱلْمُسْتَقِيمَ۞ صِرَطَ ٱلَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ۞ غَيْرِ ٱلْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ ٱلضَّاۤلِّينَ۞ امين

Semoga Allah terima segala amalan arwah dan mengangkat darjatnya disisi Allah,
Semoga pemergian arwah menjadi kerehatan sebenar dari urusan dunia,
Semoga dilindungi dari seksa kubur dan semoga roh arwah ditempatkan dikalangan para solehah,

Allahumma Solli Ala Sayyidina Muhammad.
Amiin Amiin Amiin..

Ucapan Takziah Kematian
إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعونَ
Ya Allah Ya Tuhanku ampunilah dia, rahmatilah dia, maafkanlah dia, muliakanlah kematiannya, lapangkanlah kuburnya, jadikanlah syurga sebagai ganti tempat tinggalnya dan berilah kesabaran kepada ahli keluarganya, semoga arwah di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman…. Aaamiin Ya Robbal Aalamiin..

PERHATIAN: Pihak KAMI tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KAMI juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut. Click Disini

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan

Share Ya. Terima Kasih!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *