Semasa

Luluh hati tengok kucing Nazak Depan Mata, 8 Ekor Matiy Serentak’ Jiran Jadi Dalang Ada Sejarah Benci Si Bulus

ADAKAH suratan atau kebetulan apabila lapan ekor kucing mati serentak?

Namun itulah yang berlaku di sebuah kawasan perumahan di Aliff Puteri, Damansara Aliff, Johor Bahru, baru-baru ini.

Perkara itu menjadi tular selepas seorang pelayar berkongsi tentang kejadian aneh lagi mencurigakan itu di laman Twit ter.

“Dua tahun Singapore tak balik, elok semua kucing. Ada jiran yang terpaksa lepaskan kucing sebab tak mampu nak jaga masa PKP, jiran lain tolong bagi makan. Singaporean balik, habis m4ti semuanya diracvn,” demikian ciapan pelayar berkenaan.

Sehingga kini perkongsian berbentuk dakwaan tersebut meraih sehingga 12,800 retweet dan dibanjiri ratusan komen.

Salah seorang penduduk taman perumahan berkenaan yang mendedahkan, kejadian ‘misteri’ tersebut berlaku pada tidak lama dulu, iaitu lima hari selepas pembukaan sempadan Malaysia-Singapura.

“Ada seorang jiran kami yang diketahui memang tak suka dengan kucing sebab dia pelihara burung. Selama dua tahun dia tak ada, rumahnya dijaga oleh adiknya. Si suami rakyat Singapura manakala isterinya pula orang Malaysia.

Menurut Zulkifli lagi, situasi sama turut berlaku kepada jirannya yang lain.

Dua ekor kucing tanpa tuan ini turut menjadi mangsa akibat diracun. (Gambar sebelum kejadian)

“Dia pernah racun kucing saya. Waktu itu kucing saya usik burungnya, dia datang rumah dan ‘serang saya’ dan kata one day you will know. Esoknya kucing saya lesu, berair mulut. Saya suspect diracvn, saya confront dan dia mengaku.

Jabatan Perkhidmatan Veterinar hadir dan menggali semula untuk mengambil bangkai-bangkai kucing yang telah ditanam.

Sebab itu apabila berlaku kes ini, saya petik kata-katanya dan confront dia. Saya kata ‘you benci kucing dan you buat macam di Singapore. Saya akan ambil tindakan’. Tapi kali ini dia tak mengaku buat dan cabar saya buat laporan polis,” dakwa lelaki berusia lingkungan 50an ini lagi.

Menurutnya sejak insiden tersebut, dia tidak membiarkan tujuh ekor kucing peliharaannya keluar rumah kerana bimbang menerima nasib yang sama.

Antara komen netizen yang turut mengecam tindakan individu yang menganiaya kucing-kucing di taman perumahan Zulkifli.

Tambah Zulkifli, buat masa ini pihaknya sudah membuat lap0ran kepada Jabatan Perkhidmatan Verterinar dan menunggu siasatan pihak berkenaan.

“Manusia punya akal fikiran. Kalau tak suka, biarkan saja atau confront pemiliknya. Jangan sesekali an1aya, ia hanya makhluk menumpang.

“Saya sendiri sanggup bawa kucing terbiar ini untuk dimandulkan. Saya pernah bawa kucing orang pergi klinik. Saya tak minta balasan pun kerana memang seorang pencinta kucing. Tolonglah, jangan aniaya haiwan,” katanya lagi.

PERHATIAN: Pihak KAMI tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KAMI juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut. Click Disini

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan

Share Ya. Terima Kasih!

Terima kasih!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *