BUKIT MERTAJAM: ‘Sedih, sebab sekali pi (pergi) bukan satu, bukan dua, bukan tiga tetapi empat terus hingga saya hilang kata-kata,” rintih Muhamad Hazman Rahim.
RAKAMAN VIDEO ADA DI BAWAH SEKALI
Muhamad Hazman, 20, adalah anak bongsu kepada pasangan Rahim Ramli, 60, dan Siti Petimah Omar, 59, yang terkorban dalam nahas membabitkan tujuh kenderaan di Kilometer (KM) 277.1 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS), dekat Ipoh, Perak, petang semalam.
Turut menemui ajal dua kakaknya, Nor Hadirah Rahim, 28, dan Nor Hamizah Rahim, 27, selepas kesemua mereka yang menaiki kereta jenis Proton Persona mengalami kecederaan parah dalam nahas berkenaan.
Suasana pilu menyelubungi lokasi pengebumian empat beranak berkenaan sebaik jenazah tiba untuk dikebumikan.
Keempat-keempat jenazah selamat dikebumikan kira-kira jam 3 pagi tadi dalam keadaan cuaca hujan renyai seolah-olah menangisi pemergian mereka menghadap Ilahi.
Dalam pada itu, Muhamad Hazman berkata, ibu bapanya dalam perjalanan menghantar kakak sulungnya, Nor Hadirah ke Kuala Lumpur untuk melapor diri di tempat kerja selepas sekian lama bercuti.
“Ia memang menjadi kebiasaan ayah hantar kakak ke sana (ibu negara). Sebelum ini kakak pernah kerja di sana sebelum syarikatnya ditutup dan dia pulang bercuti.
“Apabila syarikatnya dibuka semula, ayah dan mak ditemani seorang lagi kakak (Nor Hamizah) mahu menghantar semula kakak saya, Nor Hadirah tetapi siapa sangka berlaku kejadian seperti ini.
“Semasa cuti baru-baru ini,saya sempat bawa dua kakak saya pergi jalan-jalan, ziarah sanak saudara dan beraya yang ia menjadi aktiviti biasa yang kami sekeluarga lakukan ,” katanya.
Dalam kejadian kira-kira jam 3 petang semalam, empat sekeluarga yang menaiki kereta jenis Proton Persona maut akibat tersepit selepas terbabit nahas membabitkan tujuh kenderaan termasuk sebuah treler.
Ketika kejadian kesemua mereka dikatakan dalam perjalanan dari Sungai Petani, Kedah menuju ke Kuala Lumpur.
Tonton Video :
Sumber BH
Salam takziah
Al-fatihah (dibaca)
بِسْم ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم۞ ٱلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلْعَـلَمِين۞ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم۞ مَـلِكِ يَوْمِ ٱلدِّين۞ إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ۞ ٱهْدِنَا ٱلصِّرَطَ ٱلْمُسْتَقِيمَ۞ صِرَطَ ٱلَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ۞ غَيْرِ ٱلْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ ٱلضَّاۤلِّينَ۞ امين
Semoga Allah terima segala amalan arwah dan mengangkat darjatnya disisi Allah,
Semoga pemergian arwah menjadi kerehatan sebenar dari urusan dunia,
Semoga dilindungi dari seksa kubur dan semoga roh arwah ditempatkan dikalangan para solehah,
Allahumma Solli Ala Sayyidina Muhammad.
Amiin Amiin Amiin..
Ucapan Takziah Kematian
إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعونَ
Ya Allah Ya Tuhanku ampunilah dia, rahmatilah dia, maafkanlah dia, muliakanlah kematiannya, lapangkanlah kuburnya, jadikanlah syurga sebagai ganti tempat tinggalnya dan berilah kesabaran kepada ahli keluarganya, semoga arwah di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman…. Aaamiin Ya Robbal Aalamiin..