Semasa

Wanita Dakwa Rumah Tangga Kena Sihir, Suami Akhirnya ‘Dikebas’ Tukang Cuci Hospital

Luluh hati seorang wanita apabila mendakwa rumah tangga dibina selama lima tahun berakhir dengan penceraian gara-gara orang ketiga.

Menerusi satu posting di laman Facebook, wanita itu turut mendakwa rumah tangganya musnah akibat perbuatan sihir sehingga bekas suaminya seolah-olah ‘gila bayang’ terhadap orang ketiga berkenaan.

Malah wanita tersebut berkata, bekas suaminya juga telah berkahwin dengan orang ketiga itu yang didakwa merupakan seorang tukang cuci di sebuah hospital di Klang, Selangor pada April lalu.

Bercerita lanjut sebelum berpisah dengan bekas suami, wanita terbabit mendakwa kehidupannya sering diganggu termasuk kediaman turut diceroboh oleh tukang cuci warganegara Indonesia itu.

“Sanggup datang rumah aku nak cari suami aku.. macam orangg gila aku tengok kau. Kau hantar sihir kat aku macam-macam jadi dalam rumah aku.

“Aku tak buat report polis masa kau ceroboh rumah aku itu cukup baik tau. Aku kesian sebab kau dah tua..dah macam nenek-nenek tau..
“aAu masih fikir lag.. tapi kau tak.. terus kau bomohkan laki aku sampai dia lupa total lost dekat aku,” katanya.

Namun begitu, wanita tersebut tidak menceritakan secara terperinci bagaimana boleh terjadi episod hitam itu sebaliknya sekadar meluahkan kekecewaan atas kegagalan rumah tangganya.

Posting berkenaan dikongsi sebanyak 6,500 kali dan mendapat 3,000 tanda suka selain 2,600 komen netizen yang rata-rata simpati dengan nasib menimpa wanita terbabit.

“Semoga Allah berikan yang lebih baik dan mudahkan sgala urusan. Smoga sntiasa tenang dalam menempuhi sgala ujian…Insyaallah ada hikmah dan rahsia Allah yang mungkin lebih baik buat sobat .”- Syazwan

“Allahuakbar..siannya sis..ya allah..semoga sis terus kuat & dipermudahkan segala urusan sis dunia akhirat..jaga diri sis..takut pula nenek tu buat mcm2 lagi pasni..seram” – Fatin

“Zaman ni makin menjadi2 manusia bmain sihir bsahabat dgn iblis…semoga awk kuat ye…ada hikmah sbalik kjadian…insyallah…aamiin2” – Fieqa

“Semoga anis kuat hadapi ujian ni,awk jgn risau rezeki awk ada lagi,byk lagi laki yg baik ka luar, semoga sentiasa bersangka baik dgn Allah” – Sufian

PERHATIAN: Pihak KAMI tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KAMI juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut. Click Disini

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan

Share Ya. Terima Kasih!

Sumber: Ohmymedia, Facebook

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *