Semasa

Suami TersiIap Atau Lupa Bacaan Ketika Imamkan Solat, Apa Isteri PerIu Buat?

SEJAK kita terpksa ‘berkurung’ di rumah akibat temp0h Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula 18 Mac lalu, alhamdulillah semakin ramai yang mengamalkan solat berjemaah bersama keluarga kecil masing-masing.

Seronok pula kita lihat perubahan yang baik tu. Yang paling best, lelaki yang tak pernah memimpin isteri solat atau jadi imam tiba-tiba saja boleh jadi imam.

Apa taknya, sebab dia soranglah satu-satunya lelaki dalam rumah tu. Nak tak nak kenalah jadi imam. Dalam masa yang sama, mereka sebenarnya nak praktis sekali untuk bulan Ramadan tempoh hari.

Selalunya pada bulan Ramadan, ramai yang selesa untuk ke masjid atau surau bagi menunaikan solat tarawih. Namun, apakan daya, tahun ini terpaks4lah semua lakukan solat sunat itu di rumah bersama keluarga.

Alangkah seronoknya jika dikenangkan kembali momen-momen itu. Perkara tu seakan jadi biasa kepada semua. Malah, ada yang istiqamah solat berjemaah bersama keluarga hingga hari ini.

Tapi kita sebagai manusia, ada juga kurang di mana-mana. Kadangkala ketika solat jemaah bersama suami atau isteri masing-masing, imam ada tersiIap, tersasuI dan adakalanya terIupa membaca ayat dalam surah tertentu ketika ‘mengepaIai’ solat.

Si isteri yang kebetulannya menjadi satu-satunya makmum dan juga wanita runsing tak tahu nak buat apa. Ada juga keluarga yang mungkin berjemaah bersama anak-anak yang masih kecil, mereka lagilah tak tahu nak tegur macam mana.

Jadi, apa yang perlu isteri tadi Iakukan untuk memperbetulkan kesiIapan suaminya yang terIupa atau tersiIap bacaan ketika solat berjemaah?

Persoalan ini Sinar Islam ajukan kepada pendakwah dan penulis, Ustaz Mustafar Mohd Suki untuk merungkaikannya.


Foto:USTAZ MUSTAFAR

Jom kita ikuti jawapan beliau;

“Hukum asal menegur kesalahan imam dalam solat adalah disyariatkan sama ada bagi makmum lelaki atau wanita.

Ia berdasarkan sebuah hadis yang mana Nabi Muhammad SAW bersabda: “Bertasbih untuk lelaki, menepuk pula untuk wanita.” (Riwayat al-Bukhari)

Teg4han mengucapkan tasbih bagi wanita disebabkan asal kepada hukum wanita ajnabi, mereka disuruh merendahkan suara untuk mengeIakkan fitnah.

Begitupun, bagi lelaki ajnabi pula, mereka ditegah menepuk pada belakang tangan kiri seperti wanita kerana tepukan sinonim dengan wanita seperti dinyatakan oleh Al-hafiz Ibn Hajar dalam Fathul Bari.

Imam al-Syaukani menyatakan bahawa berdasarkan hadis itu, para ulama sepakat, makmum mesti menegur imam yang tersaIah dalam perbuatan solat mahupun bacaan.

Maka, hukum asal isteri menegur suami tersiIap atau terIupa pada bacaan mahupun perbuatan adalah dengan menepuk tangan kanan di atas belakang tangan kiri dalam kedudukan dekat.

Pun demikian, sebahagian ulama Mazhab Syafie seperti disebutkan oleh Imam Khatib al-Syirbini dalam Mughni al-Muhtaj, mengharuskan isteri atau wanita dibenarkan menegur dengan bertasbih sahaja jika solat itu dilakukan bersama mahram,” jelas Ustaz Mustafar.

Justeru, diharap penjelasan agamawan ini dapat merungkaikan segala kekusutan kita tentang perkara ini.

Ingat tau, tak kiralah walaupun kita hanya satu-satunya makmum hatta wanita sekalipun, kena tegur imam bila kita perasan ada kesiIapan bacaan atau perbuatan yang diIakukan mereka ketika memimpin solat berjemaah.

PERHATIAN: Pihak KAMI tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KAMI juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut. Click Disini

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan

Share Ya. Terima Kasih!

Sumber: sinar plus

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *