Untuk sesetengah individu, memandu bukanlah sesuatu yang mudah kerana ia mengambil kira kemahiran dan kecekapan dalam pengendalian kenderaan ketika memandu. Jadi tidak hairanlah ada sesetengah di antara kita yang kurang suka memandu.
RAKAMAN VIDEO KLICK DI BAWAH SEKALI
Namun tidak bagi wanita cekal ini, di mana kekurangan pada diri tidak sama sekali menjadi penghalang untuknya memandu. Norfarrah Syahirah Shaari yang berusia 31 tahun merupakan seorang wanita kelainan upaya (0KU).
Dia difahamkan telah kvdung kedua belah tangannya semenjak lahir lagi sekaligus menjadi punca utama buatnya untuk menggunakan sepasang kaki dalam melakukan tugasan dan aktiviti harian termasuklah memandu kereta.
“Mula-mula memang takut tetapi saya beranikan diri untuk belajar memandu kerana mahu berdikari dan enggan menyusahkan orang sekeliling”, jelasnya yang turut menambah bahawa kini sudah 7 tahun dia memandu.

Ya, sememangnya setiap manusia yang dilahirkan itu mempunyai keistimewaan tersendiri
Ada juga yang berasa terinspirasi dengan keberanian wanita cekal ini..
Ternyata wanita ini tidak langsung berasa kekok dan malu dengan keadaan diri malah berasa lebih bersemangat dan sanggup berkongsi pengalaman dirinya menjalani kehidupan bersama-sama dengan insan yang lain. Semoga segala urusan Norfarrah dipermudahkan hendaknya.
PERHATIAN: Pihak KAMI tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KAMI juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan
Share Ya. Terima Kasih!
RAKAMAN VIDEO = SILA KLICKDISNI