Semasa

Terpinga-pinga dan sugul ketika didakwa bunuh bayi dan isteri

Johor Bahru: Seorang pencuci kapal didakwa di Mahkamah Majistret di sini, hari ini, atas dua pertuduhan membunuh isteri dan bayi lelakinya, 4 Julai lalu.

Tertuduh, Mohamad Amir Nazri Mohd Adam, 24, hanya menjawab faham selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Mohd Zulhilmi Ibrahim.

Adik lelaki tertuduh yang berada di galeri awam dilihat turut ditenangkan oleh ahli keluarganya selepas pertuduhan dibacakan.

Muhammad Qaiyyum tidak menawarkan sebarang jaminan ke atas tertuduh selain memohon tarikh sebutan kedua kes itu.

“Tarikh sebutan baharu bagi membolehkan pihak pendakwaan mendapatkan laporan bedah siasat dan DNA (asid deoksiribonukleik).

“Pihak pendakwaan juga memohon supaya tertuduh dihantar ke Hospital Permai, di sini, bagi menyiasat keadaan mentalnya,” katanya.

Sebutan semula kes berkenaan ditetapkan pada 18 Ogos depan bagi mendapatkan laporan penuh bedah siasat, DNA serta keputusan ujian psikiatri tertuduh.

Pada 4 Julai lalu, tertuduh dilaporkan melarikan diri dalam keadaan berbogel selepas dipercayai mengelar leher isteri dan bayi lelakinya di Kampung Bakar Batu, di sini.

Komen Netizen:

“Pihak pendakwaan pun memohon untuk siasat keadaan mental tertuduh. Walaupun kes ni mengerikan tapi ianya lebih kepada menyayat hati. Family mentua redha, family tertuduh pun tak habis-habis mohon maaf. Hanya Allah SWT jua Yang Maha Mengetahui. Moga ada keadilan di penghujungnya untuk semua pihak yang terlibat.” – Zuraita

“kita tidak tahu apa sebenarnya yg terjadi ke atas tertuduh sehingga sanggup dan tergamak membunuh isteri dan anak kandungnya sendiri walaupun ahli keluarganya dan jiran jiran terdekat mengatakan yg tertuduh tidak bersikap panas baran malah tertuduh adalah orang yg baik dan bertanggung jawab….hanya tertuduh saja tahu mengapa dia sanggup melakukan sedemikan rupa …apa apa pun kita doakan yang baik baik pada mereka khususnya ahli leluarga kedua dua belah pihak ..” – Baharin

“Entah kenapa rasa sedih tengok raut muka dia nih. Kita sebagai netizen tak payahlah cakap lebih2. Keluarga mangsa pun dah redha,jangan pulak kita yang menambah cerita. Doktor ada,polis ada,mahkamah ada. Tau la dorang buat kerja masing2. Kita doa yang baik2 sudah,semoga keluarga kita dijauhi dari ujian sebegini” – Beeda

Sumber HM

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *