JOHOR BAHRU – Pemandu lori yang terlibat dalam kejadian merempuh 11 buah kenderaan lain di Tambak, Johor semalam mempunyai 33 rekod saman lampau atas pelbagai kesalahan trafik.
Ketua Polis Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat berkata, lelaki warga tempatan berusia 34 tahun itu juga mempunyai enam saman yang masih belum dijelaskan.
Semalam, melaporkan sebuah lori bermuatan habuk kayu yang dipercayai mengalami masalah kerosakan teknikal merempuh 11 buah kenderaan lain di sempadan antarabangsa Malaysia-Singapura itu.
Kemalangan itu melibatkan 12 buah kenderaan iaitu sebuah lori, sebuah bas, sebuah van dan sembilan buah kereta dengan enam daripadanya merupakan kenderaan berdaftar di Malaysia dan enam yang lain bernombor pendaftaran Singapura.
PERHATIAN: Pihak KAMI tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KAMI juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan
Share Ya. Terima Kasih!
SUMBER -KOSMO! ONLINE