Seorang bayi perempuan dianggap ‘bayi ajaib’ selepas dilahirkan ketika ibunya dihempap sehingga meninggal dunia oleh sebuah lori dalam kemalangan di Uttar Pradesh, India.
Lebih pilu lagi apabila mangsa telah dihempap oleh lori berkenaan dan melahirkan bayi ‘ajaib’ ketika sedang nazak di tempat kemalangan.
Dalam pada itu Ketua Jabatan Pediatrik di Kolej Perubatan Firozabad, Dr LK Gupta mengatakan bahawa bayi terbabit tidak berada dalam keadaan bahaya kerana dia dilahirkan pramatang serta kelihatan sedikit kecil.
Tali pusatnya mengalami sedikit masalah dan terdapat kecederaan kecil pada pusatnya disebabkan kemalangan itu. Dia hanya memerlukan rawatan perubatan.
Saya ada tengok foto kemalangan, sebahagian besar badan si ibu telah dihempap. Jadi memang satu keajaiban bila bayi itu selamat.
PERHATIAN: Pihak KAMI tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KAMI juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan
Share Ya. Terima Kasih!
Sumber : Daily Star