KUALA KRAI – Seorang kanak-kanak lelaki maut selepas dirempuh sebuah kenderaan pacuan empat roda semasa melintas jalan untuk pulang ke rumahnya dari sebuah kedai di Kilometer 83, Jalan Kota Bharu-Gua Musang dekat Kampung Peria di sini hari ini.
Dalam kejadian kira-kira pukul 2.40 petang itu, mangsa, Mohammad Elis Adam Abdullah,9, meninggal dunia di lokasi kejadian selepas cedera parah pada bahagian kepala.
Ketua Polis Daerah Kuala Krai, Ketua Polis Daerah Kuala Krai, Superintendan Suzaimi Mohamad berkata, siasatan awal mendapati, mangsa yang dipercayai dari sebuah kedai mahu pulang ke rumahnya di seberang jalan.
Menurut Suzaimi, mayat mangsa dihantar ke Hospital Kuala Krai untuk dibedah siasat petang tadi.
Katanya, siasatan lanjut mendapati, kemalangan itu berpunca daripada kecuaian mangsa yang tidak berhati-hati semasa melintas jalan.
Salam takziah
Al-fatihah (dibaca)
بِسْم ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم۞ ٱلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلْعَـلَمِين۞ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم۞ مَـلِكِ يَوْمِ ٱلدِّين۞ إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ۞ ٱهْدِنَا ٱلصِّرَطَ ٱلْمُسْتَقِيمَ۞ صِرَطَ ٱلَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ۞ غَيْرِ ٱلْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ ٱلضَّاۤلِّينَ۞ امين
Semoga Allah terima segala amalan arwah dan mengangkat darjatnya disisi Allah,
Semoga pemergian arwah menjadi kerehatan sebenar dari urusan dunia,
Semoga dilindungi dari seksa kubur dan semoga roh arwah ditempatkan dikalangan para solehah,
Allahumma Solli Ala Sayyidina Muhammad.
Amiin Amiin Amiin..
Ucapan Takziah Kematian
إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعونَ
Ya Allah Ya Tuhanku ampunilah dia, rahmatilah dia, maafkanlah dia, muliakanlah kematiannya, lapangkanlah kuburnya, jadikanlah syurga sebagai ganti tempat tinggalnya dan berilah kesabaran kepada ahli keluarganya, semoga arwah di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman…. Aaamiin Ya Robbal Aalamiin..
PERHATIAN: Pihak KAMI tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KAMI juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan
Share Ya. Terima Kasih!
Sumber Kosmo