Tular di media sosial, seorang lelaki berbaju kuning serta bersongkok hitam yang juga merupakan salah seorang jemaah telah memberikan rokok kepada jemaah lain sebagai tanda sedekah di sebuah masjid Kampung Jawa, Segamat telah mencetuskan rasa kurang senang dalam kalangan masyarakat.
RAKAMAN VIDEO CLICK DI BAWAH SEKALI
Menerusi video yang dimuat naik oleh @udinponboleh di laman TikTok nya, terdapat dua kotak rokok telah diagihkan dalam raga setiap motorsikal, basikal dan juga pada bahagian depan kereta.
Susulan pemberian yang dianggap sebagai sedekah itu, rata-rata netizen telah mempertikai serta mempersoalkan niat dan hukum pemberian yang dilakukan oleh lelaki itu di tempat ibadah umat islam.
Mana tidaknya, seperti kita semua sedia maklum, hukum menghisap rokok telah difatwakan haram oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor sejak dari tahun 1995.
Malah, Mantan Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri turut berkongsi lebih lanjut isu pengharaman rokok dengan lebih terperinci.
PERHATIAN: Pihak KAMI tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KAMI juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan
Share Ya. Terima Kasih!
TONTON VIDEO DI BAWAH:
Sumber: TikTok (Udinponboleh), Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan