Semasa

Sempat Buat Live Sebelom Menemui AjaI, Rina Maut Kemalangan Motosikal Suami Dirempuh SUV

KUNAK – Seorang wanita maut manakala suami dan anak lelakinya cedera selepas motosikal dinaiki keluarga berkenaan dirempuh sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) dalam kejadian di kilometer 10, Jalan Kunak-Tawau semalam.

RAKAMAN VIDEO LIVE FACEBOOK MANGSA ADA DI BAWAH SEKALI

Dalam kejadian pukul 4.45 petang itu, mangsa, Rina Samo, 38, yang juga warganegara Indonesia disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian manakala suami mangsa berusia 39 tahun dan anak lelakinya berumur tujuh tahun mengalami cedera di bahagian kepala, muka dan kaki.

Ketua Polis Daerah Kunak, Superintendan Sabarudin Rahmat berkata, siasatan awal mendapati kereta SUV jenis Proton X70 dipandu seorang lelaki berumur 54 tahun bergerak dari arah Tawau menuju ke Kunak manakala motosikal dinaiki mangsa berada di hadapan di lorong sama.

“Bagaimanapun, kereta Proton X70 cuba memotong sebuah lagi kereta di hadapannya namun pada masa sama motosikal dinaiki mangsa cuba masuk ke simpang sebelah kanan sebaik tiba di lokasi kejadian.

“Jarak yang terlalu hampir mengakibatkan kereta X70 terbabit tidak sempat mengelak dan terus merempuh motosikal mangsa.

“Ekoran rempuhan itu, penunggang dan anaknya terpelanting ke bahu jalan manakala mangsa wanita diseret oleh kereta berkenaan,” katanya dalam kenyataan akhbar hari ini.

Mengulas lanjut, Sabarudin memaklumkan mangsa iaitu pembonceng disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian, manakala anaknya berumur tujuh tahun dan suaminya, 39, mengalami kecederaan.

“Mayat mangsa dibawa ke Hospital Kunak untuk proses bedah siasat. Siasatan masih dijalankan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987,” katanya

Menurut info beberapa netizen, dikatakan mangsa sempat buat siaran langsung di facebook miliknya sebeluk terlibat dengan kemalangan.

Menjengah ke akaun facebook Puan Rina, rakaman siaran langsung tersebut masih boleh ditonton. Setakat ini jumlah tontonan live itu sudah ada 80 ribu view.

Menjengah ke ruang komen, rata-rata netizen mengucapkan takziah kepada suami mangsa dan mendoakan anak serta suami mangsa cepat sembuh.

Untuk melihat rakaman penuh siaran langsug tersebut, anda boleh pergi ke laman facebook milik mangsa sendiri, Rina Angko

PERHATIAN: Pihak KAMI tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KAMI juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut. Click Disini

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan

Share Ya. Terima Kasih!

TONTON VIDEO DI BAWAH:

Sumber Kosmo

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *