Manjung: Gara-gara tidak memandang muka ketika bersalaman, seorang lelaki bertindak di luar kawalan apabila menampar belakang kepala seorang jemaah di Masjid An-Nur, Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lumut, kelmarin.
RAKAMAN VIDEO KLICK DI BAWAH SEKALI
Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Nor Omar Sappi berkata, pihaknya menerima laporan berkaitan kejadian yang dibuat mangsa berusia 30-an.
Menurutnya, kejadian berlaku di antara mangsa yang juga anggota TLDM dan suspek iaitu pesara TLDM di masjid berkenaan selepas selesai solat Asar pada 5.10 petang.
“Mangsa dalam kes ini kemudiannya tidak mahu meneruskan siasatan dan sudah menarik semula laporan polis yang dibuat. Kes ini diklasifikasikan sebagai tiada tindakan lanjut (NFA).
“Susulan itu, polis menyeru dan menasihatkan orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi dan tidak menularkan video berkenaan kerana kes itu sudah selesai,” katanya.
Terdahulu, satu video berdurasi 37 saat yang memaparkan seorang lelaki menampar belakang kepala seorang jemaah selepas selesai solat tular di media sosial sejak semalam.
Antara reaksi netizen:
“Polis,askar dll yg berpangkat..ye betul, bila kau masih bertugas org kena respek n panggil kau Tuan.. tapi bila dah pencen, kau jadi org biasa je..pangkat yg pernah kau sandang masa berkhidmat dulu org dah tak heran sebab kau dah pencen.. orang dah tak panggil kau tuan dah..orang panggil pakcik je..berbeza dengan cikgu n doktor.. walau dah pencen tetap org masih panggil cikgu,doktor… Sampai mati pun gelaran cikgu,doktor tu tak hilang..Ermm” -Fizie Joe
“Kan baju merah duduk di bawah dan rendah dari suspek, nak kena dongak ke langit tgk dia ke?
Alahai, macam masalah mental ke apa nak tampar kepala org, baru lepas solat terus naik baran dia. No wonder dah pencen awal, memang ada masalah pada diri sendiri” – Hira Cokat
“Kadang2 itu yg menjadi kepelikkan bila Solat kita tetap tak mampu mengubah kita untuk.menjadi manusia yg lebih baik…kita sekadar solat..tapi hakikat pengisian,pengertian langsung takde…” – Arizan Naya
“Terbawak2 sgt berlagak tu smpai ke dah pencen..dia lupa agaknya mati nanti Allah x pandang smua tu..malaikat kalau nk tampar pukul x kira pangkat,mati nanti pakai kain kafan jgak,bkn uniform paku ko bpe calit sklipun” – Syuhada Adriana
PERHATIAN: Pihak KAMI tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KAMI juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan
Share Ya. Terima Kasih!
RAKAMAN VIDEO :
Tonton Video : SILA KLIK DI SINI
Sumber HM dan Facebook