JOHOR BAHRU: Seorang rentung dalam kemalangan membabitkan empat kenderaan berhampiran Jambatan Permas Jaya, Lebuhraya EDL, Pasir Gudang Menghala Ke Bakar Batu, awal pagi tadi.
RAKAMAN VIDEO KEJADIAN DI BAWAH SEKALI
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Larkin, Mohd Suhaimi Jamal berkata, kemalangan membabitkan tiga kereta iaitu jenis BMW, Produa Myvi dan Honda City serta sebuah van pekerja kilang jenis Nissan.
“PKO bertindak mengeluarkan mangsa dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Mohd Suhaimi berkata, pemandu Honda City dan Produa Myvi masing-masing lelaki berusia 34 dan 52 tahun selamat.
“Seramai 13 anggota digerakkan ke lokasi dengan bantuan BBP Johor Jaya bagi usaha memadam kebakaran,” katanya.
Video sekitar kejadian turut tular di laman sosial menunjukkan keadaan kereta yang terlibat dalam nahas tersebut selepas bomba memadamkan keseluruhan kebakaran.
Di group Komuniti Kota Masai, seorang pemilik akaun facebook bernama Ungku Majid memuat naik beberapa video kemalangan tersebut.
Antara komen netizen :
“Sekrg ni semakin kerap pula kematian yg membabitkan kemalangan jalanraya. Tahun lepas, kematian berganda setiap hari sebab Covid-19. Sedih tengok keadaan sekrg ni…” – Intan Haslina
“Tiap-tiap hari ada saja kemalangan maut, apa dah jadi dengan pemandu kat Malaysia ni..? Adakah disebabkan kecuaian..? Adakah kerana faktor keadaan jalan..? Naik ngeri aku baca hari² ada kes, makin lama makin teruk…” – Zamami Jasman
“Salam takziah…. bagaimana utk mengurangkan kadar kemalangan…adakah terbeban kpd sekolah memandu, kerajaan, penguat kuasaan atau rakyat…moga Allah melindungi pemandu2 di Malaysia Aamiin….” – Marina Misgiman
PERHATIAN: Pihak KAMI tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KAMI juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan
Share Ya. Terima Kasih!
RAKAMAN VIDEO :
Seorang rentung dalam kemalangan membabitkan empat kenderaan berhampiran Jambatan Permas Jaya, Lebuhraya EDL, Pasir Gudang Menghala Ke Bakar Batu, awal pagi tadi. pic.twitter.com/OdFdsjmFMX
— Video Viral Malaysia (@video_malaysia) July 25, 2022
Sumber BH, Facebook