ACAP kali hantaran di media sosial yang berunsurkan kebendaan atau mat3rialistik sering dikec4m tervk warganet.
Namun kali ini berbeza apabila ciapan seorang wanita yang sanggup memutuskan tali pertunangan kerana bakal suami bergaji rendah disokong ramai.
Wanita berkenaan berkata demikian bagi menjawab persoalan yang dilemparkan pemilik akaun Twitter @localrkyt tentang ‘macam mana nak tanya gaji atau keadaan kewangan lelaki tanpa nampak mat3rialistik? Sebab tu benda penting kan?’
Malah wanita terbabit yang dipercayai berusia 35 tahun turut mengakui terkejut dan bimbang apabila mengetahui gaji tunangnya hanya RM1,100.
“Saya sil4p. Dah tunang baru tanya, gaji dia RM1,100 lepas tu saya ‘cuak’ la sebab macam mana nak hidup dengan gaji suami banyak tu. Saya suruh dia cari pendapatan sampingan tapi dia banyak alasan dan akhirnya saya minta putvs tunang. Settle!,” ciapnya ringkas pada Selasa.
Sokongan terhadap tindakan wanita itu dibuat berikutan sikap bakal suaminya yang tidak mempunyai inisiatif untuk menambah atau mencari pendapatan sampingan bagi menampung kehidupan.
“Ramai pula cakap macam-macam kat petikan Twitter. Nanti dah berkahwin makan hati pula tak cukup itu, tak cukup ini. Siapa cakap gaji RM1,100 cukup adalah tak berpijak di bumi yang nyata, sekarang ni semua mahal.
“Keputusan awak sangat tepat. Memang betul sus4h senang bersama tapi dalam era sekarang, RM1,100 memang tak cukup untuk sara dua orang. Lagi-lagi bakal suami tu sendiri tidak sanggup melakukan apa sahaja bagi menambah pendapatan sendiri.
“Memang la kahwin ni kau terima dia, dia terima kau. Tapi terima tu daripada segi fizikal dan ment4l. Macam mana nak bagi nafkah jika sukar untuk survive dengan RM1,100?
“Tenang semua. Kakak tu dah suruh tunang dia cari pendapatan sampingan untuk buat tambahan gaji, jadi tak salah sebenarnya tindakan dia. Kewangan sangat penting dalam perkahwinan, silap tunang dia kat sini… bila dia malas nak cari pendapatan sampingan.
“Kalau gaji dia rendah tapi mahu cari pendapatan sampingan, usaha… itu akan jadi cukup. Bukan sebab gaji dia RM1,100, kemudian ada pula yang twit tak adil lelaki yang kena cari itu dan ini sedangkan lelaki memang tanggungjawab dia besar. Tak payah kahwin kalau tidak mampu,” kata beberapa netizen.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook NewsToday 80
PERHATIAN: Pihak KAMI tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KAMI juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan
Share Ya. Terima Kasih!
Sumber: Mstar via METRO