Semasa

Ramadhan Jadi Saksi, Gadis Dari Filipina Ini Peluk Islam Selepas Kaji Agama Terdahulu, Menangis Pertama Kali Pakai Tudung, Rasa Lebih Selamat

UMAT Islam di seluruh dunia pastinya tidak sabar untuk meraikan Hari Raya Aidilfitri tidak lama lagi.

Keterujaan itu turut dirasai Norhaifaa Hadi, 18, yang baru sahaja memeluk agama Islam pada 24 April lalu.

RAKAMAN VIDEO KLICK DI BAWAH SEKALI

Kisah penuh inspirasi gadis dari Filipina itu meraih hampir sejuta tontonan di TikTok dan turut tular dalam kalangan rakyat Malaysia.

Ketika dihubungi mStar, dia yang senang disapa Haifaa sempat memperincikan semula kisah perjalanannya dalam mengenal agama Islam sehingga melafazkan dua kalimah syahadah, beberapa hari lalu.

Menurut Haifaa yang berasal dari Kepulauan Sibuyan di wilayah Romblon, rakan-rakan dan ahli keluarganya turut terkejut dengan keputusannya memelvk agama Islam secara diam-diam.

Sokongan yang diberi membuatkan saya yakin bahawa saya tak sendiri dalam perjalanan ini. Ramai juga yang mesej, mereka kata nak bantu saya mendalami Islam.

“Perjalanan ini sudah tentu sukar, tapi ia juga agak mudah. Ramai orang sekeliling membantu bagi memastikan urusan saya lancar untuk menyesuaikan diri sebagai orang Islam,” ujar anak sulung daripada empat beradik itu.

Bercerita mengenai Ramadan, Haifaa berkata dia baru sahaja belajar untuk berpuasa sejak memelvk Islam dan tidak sabar untuk meraikan Aidilfitri buat pertama kali pada tahun ini.

“Saya anak sulung daripada empat beradik. Sejak umur 15 tahun saya datang ke Manila untuk belajar. Saya jauh daripada keluarga.

“Saya juga masih baru dengan semua ini. Mungkin saya akan sertai sambutan Aidilfitri di masjid. Saya juga menjalani ibadah puasa sejak memelvk Islam,” ujarnya lagi.

Kisah Haifaa memeluk Islam turut tular sehingga ke Malaysia.

Mengulas video kisah hidupnya yang meraih hampir sejuta tontonan di TikTok, Haifaa akui tersentuh apabila dia dihujani doa netizen dari pelbagai negara, termasuklah Malaysia.

“Saya berbesar hati dengan sokongan yang diterima, saya rasa nak menangis kerana dialu-alukan dengan baik. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar.

“Sokongan yang diberi membuatkan saya yakin bahawa saya tak sendiri dalam perjalanan ini. Ramai juga yang mesej, mereka kata nak bantu saya mendalami Islam.

“Ramai yang memberikan sokongan di TikTok. Sebelum video itu viral, saya juga ada meminta nasihat daripada seorang content creator Islam. Dia yang beri nama baharu saya,” ujarnya lagi.

Komen Netizen:

PERHATIAN: Pihak KAMI tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KAMI juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut. Click Disini

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan

Share Ya. Terima Kasih!

RAKAMAN VIDEO = SILA KLICKDISNI

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *