KUALA TERENGGANU – Seorang murid Tahun Tiga cedera dipukul bapa rakannya dalam kejadian di luar pagar sebuah sekolah rendah di daerah ini, pada Ahad.
RAKAMAN VIDEO ADA DI BAWAH SEKALI
Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Abdul Rahim Md Din berkata, kejadian berlaku jam 1 petang itu dipercayai berpunca daripada perselisihan faham antara mangsa dan rakannya.
Video yang Tular itu telah mendapat pelbagai reaksi daripada ibu bapa, yang rata-rata kecewa dengan tindakkan drastik lelaki tersebut.
“Tak pasal2 jadi kes poIis…”
“Budak kalau gado, esok baik dah..”
“Sebelum kejadian, mangsa telah bermain sebelum bergaduh dengan rakan sekelasnya di luar pagar sekolah. Mangsa dikatakan telah menampar rakan sekelasnya itu.
“Apabila bapa rakannya datang, rakan mangsa telah mengadu dia ditampar oleh mangsa.
“Lelaki berkenaan kemudian dipercayai bertindak mencekik dan mengangkat mangsa sebelum menghempas ke bawah menyebabkan kepala mangsa mengalami luka kecil dipercayai terkena batu,” katanya ketika dihubungi di sini pada Isnin.
Abdul Rahim berkata, pihak sekolah telah menghubungi bapa mangsa untuk memaklumkan kejadian itu dan bapa murid berkenaan telah datang mengambil anaknya di sekolah sebelum membuat laporan polis.
“Mangsa telah dirujuk ke Hospital Sultanah Nur Zahirah di sini dan mendapat rawatan sebagai pesakit luar.
“Kes berkenaan disiasat dibawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan iaitu mendatangkan kecederaan,” katanya.
PERHATIAN: Pihak KAMI tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KAMI juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan
Share Ya. Terima Kasih!
Tonton Video : SILA KLIK DI SINI
Sumber SH