ALOR GAJAH – Sambutan Hari Raya Aidiladha bagi seorang wanita warga emas suram selepas anak dan cucunya rentung dalam satu kejadian kebakaran di Kampung Cherana Puteh, di sini awal pagi semalam.
Dalam kejadian kira-kira pukul 1.50 pagi itu, mangsa, Allahudin Abdul Hamid, 51, dan anaknya, Muhamad Badrol, 5, ditemui rentung oleh pasukan bomba masing-masing di dalam bilik air dan di atas katil bilik utama rumah berkenaan.
Ketika kejadian, hanya dua beranak itu tinggal di rumah berkenaan, manakala isteri Allahudin berada di Kelantan.
Allahudin dan anaknya, Muhamad Badrol
Tambahnya, dia sempat berjumpa Allahudin kelmarin dan lelaki itu memberitahu, pagar kubur yang sedang disiapkannya adalah sumbangan jariahnya kepada masyarakat setempat.
“Pagar itu dah nak siap, memang dia bagi untuk Tanah Perkuburan Islam Kampung Cherana Puteh yang terletak kurang 100 meter dari rumah kami,” ujarnya.
Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Arshad Abu memberitahu jenazah dua beranak itu dihantar ke Hospital Alor Gajah dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.
PERHATIAN: Pihak KAMI tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KAMI juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan
Share Ya. Terima Kasih!
Sumber – KOSMO