Semasa

Baru 22 Hari Bergelar Isteri, Suami dilanggar depan mata, Melambung 2 Kali Sebelum Maut. Seminggu Kemudian UPT Naik ‘double line’

Saya Tidak keberatan berkongsi cerita, wanita yang hanya mahu dikenali sebagai Ain berkata, pada pagi hari kejadian iaitu 10 November tahun lalu, dia bersama suaminya, Syarurazi Kaharudin dalam perjalanan dari Sungai Rambai ke restoran mereka yang terletak di Bukit Katil, Melaka.

RAKAMAN VIDEO MENYEDIHKAN ADA DI BAWAH SEKALI

“Dalam perjalanan, kami terserempak dengan kenderaan yang kemalangan di seberang jalan. Arwah suami berhenti di tepi jalan kerana berniat nak membantu.

“Dia pun keluar dan melintas jalan untuk menolong. Dia sempat pesan saya duduk saja dalam kereta sebab saya kurang sihat. Apabila dah selesai membantu, dia sempat lambai dari seberang dan saya membalas lambaiannya.

“Entah macam mana, ketika dia sedang melintas, datang sebuah kereta yang dipandu seorang wanita agak laju dan tak sempat mengelak, lalu melanggar suami.

“Depan mata saya, dia melambung dua kali sebelum terjatuh dekat bawah bukit tepi jalan, manakala kereta yang melanggarnya terbalik,” cerita wanita berusia 20 tahun ini.

Terkejut dengan apa yang disaksikan depan mata sendiri, Ain berkata dia bergegas keluar daripada keretanya untuk mendapatkan suami.

“Masa itu saya sempat lagi ketuk cermin dan pintu kereta wanita tersebut kerana nak tolong dia keluar, walaupun suami sedang terbaring.

“Kemudian saya mendapatkan suami yang ketika itu masih sedarkan diri. Suami tak boleh bercakap sebab darah mengalir tak berhenti-henti dari mulut dan telinganya. Namun tangannya menggenggam erat tangan saya.

Ain selamat melahirkan zuriat sulungnya pada 18 Jun lalu.

“Bayi inilah yang menyebabkan saya kuat. Saya kena ada untuknya kerana sayalah ibu, sayalah bapa kepadanya,” katanya.

Ain sudahpun selamat melahirkan seorang bayi lelaki pada 18 Jun lalu dan kini masih menjalani proses berpantang.

“Bila tengok baby, wajahnya saling tak tumpah seperti arwah ayahnya. Dapatlah saya ubati kerinduan kepada arwah,” katanya lagi.

Restoran Kari Kambing 41 hari yang diusahakan oleh Ain dan arwah suaminya.

Tidak menyangka video yang dimuat naik di aplikasi TikTok meraih sehingga melebihi 2.5 juta jumlah tontonan, Ain berkata dia hanya mahu meluahkan rasa rindu kepada arwah suami.

“Memang tak sangka viral. Alhamdulillah, ramai yang mendoakan. Ada juga yang pernah alami situasi macam saya, suami meninggal masa mengandung. Daripada komen mereka juga saya ambil kata-kata semangat.

“Bagi yang lalui situasi sama, kita harus kuat. Ingatlah, Allah rancang sesuatu sebab Allah nak ganti dengan perkara yang lebih baik,” ujarnya lagi.

PERHATIAN: Pihak KAMI tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KAMI juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut. Click Disini

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan

Share Ya. Terima Kasih!

RAKAMAN VIDEO :

 

View this post on Instagram

 

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *