ADAT setiap pertemuan, pasti ada perpisahan.
Begitulah juga dengan kisah pemuda ini yang tidak dapat menahan kesedihan kerana terpaksa melepaskan lembu kesayangannya untuk dijadikan korban sempena Hari Raya Aidiladha pada tahun ini.
RAKAMAN VIDEO CLICK DI BAWAH SEKALI
Video detik-detik terakhir di mana dia menghabiskan masa dengan haiwan tersebut sehari sebelum ia disembelih, nyata mengundang sebak warga maya yang seolah-olah turut merasai kesedihan yang ditanggung pemuda berkenaan.
“Saya petik jari saja ia dah cam dan datang… tak perlu panggil nama. Setiap hari, selepas habis bekerja sambilan, saya habiskan masa dengannya dan usahakan potong rumput seguni sebagai makanannya,” ujar pemuda yang berasal dari Kota Bharu, Kelantan.
Menurut Iskandar, Jantan adalah lembu daripada baka biasa meskipun saiz badannya seperti menyamai lembu sado.
“Saya tak sampai hati nak sembelih… orang lain yang sembelih sebab bimbang tak tahan sebak. Sekarang ini pun susah nak move on apabila teringat balik kenangan dengan Jantan.
“Jantan ni faham emosi saya, tak susah nak jaganya. Ia tak memilih jenis rumput pun. Kadang tebas lalang pun ia makan. Hanya penat nak layan manjanya saja.
“Tukang sembelih beritahu daging bersih sahaja seberat 105 kilogram, belum campur berat anggota lain,” ujar anak keenam daripada sembilan adik beradik ini.
Tidak menyangka videonya menjadi tular di TikTok, Iskandar berkata dia sekadar mahu mengabadikan momen bersama Jantan untuk tatapan di kemudian hari.
“Tak sangka pula viral sampai lebih 1.6 juta jumlah tontonan. Niat saya hanya nak simpan untuk kenangan sendiri.
“Tak sangka pula video itu menyentuh hati netizen. Ramai turut sedih tengok video waktu Jantan kecil hinggalah dah cukup umur untuk dikorbankan, video Jantan bermanja dengan saya.
“Ramai juga yang request nak tengok lagi video-video Jantan. Terima kasih saya ucapkan pada mereka yang cuba berikan kata-kata semangat seolah memahami apa yang saya rasa,” ujarnya lagi.
PERHATIAN: Pihak KAMI tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KAMI juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan
Share Ya. Terima Kasih!
Tonton Video: SILA KLIK DI SINI
Sumber Mstar