AMPANG – Seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun maut terjatuh dari tingkat 35 sebuah kondominium di Pandan Perdana di sini, pada Isnin.
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, polis dimaklumkan kejadian itu selepas menerima panggilan daripada pengawal keselamatan kondominium berkenaan kira-kira jam 2.20 petang.
Katanya, siasatan mendapati, mangsa warga Indonesia dibawa ibunya yang bekerja sebagai pembantu rumah sambilan.
“Sebelum kejadian, ibu mangsa berusia 36 tahun telah meninggalkan anaknya yang sedang tidur di ruang tamu rumah sebelum turun ke bawah untuk membasuh pakaian di dobi.
Menerusi perkongsian @fiezaothman0 di laman TikTok, dapat dilihat ibu mangsa sedang menangis sambil dipeluk oleh orang awam yang berada di tempat kejadian sebelum ditarik pergi daripada mangsa.
“Kes disiasat di bawah Seksyen 31 (1) Akta Kanak-Kanak 2001 iaitu pengabaian terhadap kanak-kanak. Jika sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM20,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 10 tahun atau kedua-duanya,” ujarnya.
Katanya lagi, pihak polis menasihati orang ramai supaya menjaga tingkah laku anak-anak dengan tidak meletakkan sesuatu yang mendatangkan bahaya kepada anak-anak.
“Kenapa la letak kerusi dekat balkoni. Aku tak faham betul. Aku kadang2 kalau g kl stay dekat kondominium dah pesan awal2 dekat husband dekat bibik jgn buka sliding door balkoni. Aku jenis overthinking. Aku selalu fikir kesan dan akibat. Apapun, salam takziah kepada ibu mangsa” – Aifa Azlan
“Ambil iktibar. Perketatkan keselamatan yg duduk condo/aprtmnt yg tinggi2 tu. Lagi2 kalau ada anak kecik.” – Merina Sam
“Kesiannya mencari rezeki terpaksa bwk anak.. aku sgt memahaminya. Semoga Allah kurniakan ketabahan buatmu ibu. Al-Fatihah buat anak syurga..” – Ndaza Nurul
“Allah…minta yang lain ambil ikhtibar. Jangan skali2 tinggalkan anak bersendirian di rumah walaupun dia tgh tido. Kita x tau bila2 masa dia akan terjaga. Takut anak tu panik dia ditinggalkan keseorangan di rumah. Fikiran dia ialah untuk mencari ibunya.
Lalu dia bukak sliding door, ada pulak kerusi di balkoni (jangan pernah letak kerusi kat balkoni especially jika ada anak kecil di rumah. Mereka suka memanjat). Anak tido, tunggu dan temanlah dia di rumah. Nak kena ke dobi atau ke mana, bawak lah dia bersama ke mana pun. Janji dia sentiasa di depan mata kita.
Rasanya sebelum ni pernah ada kes yang sama begini. Jangan kita ulang kesilapan itu. Salam takziah buat ibu mangsa. Semoga diberikan kekuatan dan kesabaran ketika menghadapi musibah ini.” – Salfarina
PERHATIAN: Pihak KAMI tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KAMI juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan
Share Ya. Terima Kasih!
Sumber: Ohbulan, Sh