Semasa

Selepas Tular, Lelaki Hina Laungan Azan Dalam Kereta Akhirnya Tampil Melakukan Perkara Ini

Pengerusi Persatuan Pengguna Semboyan Malaysia (PPSM) Yusuf Azmi sememangnya antara yang lantang dalam membanteras golongan yang menghina agama Islam serta bangsa Melayu.

RAKAMAN VIDEO LELAKI TERSEBUT ADA DI BAWAH SEKALI

Beliau yang telah melakukan laporan polis besar-besaran di Ibu Pejabat Polis Brickfields semalam berhubung isu sebuah kelab komedi yang ‘melahirkan’ banyak kejadian yang menghina sensitiviti masyarakat nampaknya sangat tegas dalam urusan sebegitu.

Ada lagi yang buat tindakan biadap

Beliau yang hadir dengan puluhan wakil pertubuhan bukan kerajaan (NGO) serta pelawak terkenal, Shahrol Shiro dan pengarah, Syamsul Yusuf mendedahkan yang dirinya rela mogok di hadapan sebuah premis kelab komedi di Kuala Lumpur selagi tiada  tindakan dari pihak polis berhubung gesaan penutupan tempat terbabit.

Tampil Mohon Maaf

PETALING JAYA – Seorang lelaki yang didakwa telah mempersendakan laungan azan sewaktu berada di dalam sebuah kereta akhirnya tampil meminta maaf.

RAKAMAN VIDEO ADA DI BAWAH SEKALI

Menerusi satu perkongsian di laman Facebook Ridha Fhamy, lelaki tersebut membuat permohonan maaf menerusi satu rakaman video selepas beberapa individu mencarinya sehingga ke tempat kerja.

Berdasarkan klip video berdurasi satu minit 56 saat yang dimuat naik di laman Facebook, lelaki bertatoo di bahagian tangan itu telah meminta maaf atas perbuatannya itu.

“Saya meminta maaf kepada semua dan saya tidak akan buat perkara seperti ini lagi. Minta maaf semua,” kata lelaki tersebut.

Susulan perkongsian tersebut, orang ramai berang dengan perbuatan lelaki tersebut dan mahu pihak berkuasa mengambil tindakan tegas terhadap si pelaku.

“Mohon ambil tindakan, JAKIM kena ambik tindakan, benda agama jangan bawa main,” tulis Prima Home .

“Semalam aku tengok dia ni gelak-gelak je nape hari ni buat muka sedih pulak,” soal MD Zulhilmi.

Turut meninggalkan komen adalah seorang lagi pengguna dikenali sebagai Luqman Hanif.

“Kau jangan mengaku rakyat Malaysia kalau bahasa ibunda sendiri pon tak reti nak cakap,” tegasnya.

Terdahulu tular klip video berdurasi 15 saat yang memaparkan seorang lelaki yang berada di dalam sebuah kereta telah mempersendakan azan sambil menjerit dan bergelak ketawa bersama rakannya.

Perbuatan tersebut telah mengundang kemarahan dan kecaman daripada orang ramai sehingga ramai pihak mahu lelaki itu dicari dan segera dihadapkan ke muka pengadilan.

PERHATIAN: Pihak KAMI tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KAMI juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut. Click Disini

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan

Share Ya. Terima Kasih!

RAKAMAN VIDEO :

Sumber Kosmo

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *