Semasa

Lebih 20 Tahun Kenciing Berdar@h, Lelaki Terkejut Disahkan Sebenarnya Dia Wanita & Datang Bulan

Seorang lelaki di China yang mengalami masalah ‘kencing berdarah’ terkejut apabila diberitahu oleh doktor bahawa dia sebenarnya datang bulan, lapor South China Morning Post.

Selepas 33 tahun dikenali sebagai seorang lelaki, Chen Li, yang namanya telah ditukar bagi melindungi identitinya, telah diberitahu bahawa dia adalah merupakan seorang wanita secara biologi selepas menjalani ujian analisis kromosom.

Dia akhirnya dikenal pasti oleh doktor sebagai seorang interseks iaitu seseorang manusia yang mempunyai kedua-dua organ pembiakan lelaki dan wanita.

Selepas lebih 30 tahun dikenali sebagai lelaki, dia mendapati pengesahan itu merupakan satu berita yang amat menyedihkan baginya dan memohon agar organ pembiakan wanitanya dikeluarkan.

Susulan daripada itu, dia menjalani pembedahan selama tiga jam pada 6 Jun lalu dan dibenarkan keluar dari hospital oleh doktor 10 hari kemudian.

Doktor Pakar bedah, Luo Xiping, menyatakan bahawa pesakit “cepat pulihdan keyakinannya dapat dikembalikan.”

Doktor itu juga berkata, “mulai saat ini, dia boleh menjalani kehidupannya sebagai seorang lelaki, tetapi dia tidak boleh membiak kerana buah zakarnya tidak dapat menghasilkan sperma.”

Menurut doktor, keadaan seperti itu sebenarnya boleh ditemui seawal usia remaja. Namun, kejadian itu akan memberi sedikit kesan kepada kesihatan fizikal pesakit dan dikhuatiri juga akan mengakibatkan trauma psikologi.

PERHATIAN: Pihak KAMI tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KAMI juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut. Click Disini

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan

Share Ya. Terima Kasih!

Sumber: South China Morning Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *