Semasa

“Allah Memang Nak Jadikan Saya Tetamunya”- Air Mata MengaIir KaIi Pertama Jejak Tanah Suci, Louisa Chong Kongsi Pengalaman Sebagai Saudara Baru

Allah boleh memilih siapa sahaja untuk menerima hidayahNya. Amatlah beruntung jika kita dipilih dan salah seorang yang menerima hidayah dari Allah adalah pelakon dan pelawak, Lousia atau nama Islamnya Lousia Alissa Chong Abdullah.

RAKAMAN VIDEO ADA DI BAWAH SEKALI

Selebriti berusia 64 tahun ini sebenarnya sudah lama memeIuk Islam dan teruja berkongsi pengalamannya menunaikan ibadah umrah di Tanah Suci dalam sebuah video youtube.

Dalam perkongsiannya itu, Lousia yang terkenal dengan watak komedi ini begitu sebak memikirkan keadaan suaminya Hamid Samad yang menghidap angin ahmar dan mengaIami tiga strok sehinggakan suaminya koma beberapa tahun lalu.

Louisa Chong sudah lama memeIuk agama Islam

Ujian yang datang mematangkan dirinya sebagai saudara baru.

“Ketika dia koma, saya tak tahu nak buat apa. Kalau saya cerita, nanti orang kata saya minta simpati, yalah sebagai seorang yang bergelar selebriti, kan. Saya tak ada niat sebegitu untuk minta simpati.

“Jadi, sekiranya ada di antara kalian yang salah seorang ahli keluarga mengalami penyakit serius seperti ini, boleh belajar dari pengalaman saya.

“Saya tak kata saya seorang yang alim, tapi saya percaya sebagai seorang muaalaf, saya tak pernah putis asa dan ketika itu saya reda jika Allah nak tarik nyawa suami saya.

“Syukur Alahamdulillah selama ini Allah jaga suami saya. Sehingga kini, suami saya sudah boleh berjalan dan saya boleh jejak kaki ke Tanah Suci. Alhamdulillah.

“Walaupun dalam keadaan berkerusi roda, tapi suami saya tetap berusaha untuk berjalan dengan satu kaki yang tarik satu kaki.

“Apa jua cabaran dan rintangan yang kita lalui dalam kehidupan, kita mesti ingat kepercayaan pada Allah dan saya tidak pernah berputus asa, saya terima dengan reda ujian dari Allah. Sebab Allah amat sayang pada hambaNya sebab itu Dia beri dugaan dan cabran pada kita.

Perkongsian di laman Youtube ini juga mendapat reaksi berbeza-beza dari netizen. Lousia Chong yang memang mempunyai peminatnya tersendiri dan ramai terkejjt kerana baru mendapat tahu pelakon ini sebenarnya sudah lama masuk Islam. Masing-masing mendoakan agar dia terus istiqamah dan mendapat balasan baik di akhirat nanti.

RAKAMAN VIDEO :

Sumber: https://www.viralmy.me, youtube

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *