Semasa

Rakaman kemalangan treler terbabas laju seret kereta sejauh 10 meter, pemandu akhirnya menerima rawatan

PONTIAN – Berpantang maut sebelum ajal, itulah situasi cemas yang dilalui seorang warga emas apabila kereta Toyota Camry yang dipandunya bertembung sebelum diseret sebuah treler dalam kejadian di Kampung Ulu Pulai, di sini tengah hari tadi.

RAKAMAN VIDEO MENGERIKAN ITU CLICK DI BAWAH SEKALI

Dalam kejadian pada pukul 11.30 pagi itu, mangsa, Wang Ah Fook, 66, bagaimanapun terselamat dan hanya mengalami kecederaan ringan luka tangan dan bahagian kening.

Ketua Polis Daerah Pontian, Superintendan Mohammad Shofee Tayib berkata, semasa kejadian, mangsa dalam perjalanan dari Pontian menuju ke Johor Bahru.

“Setiba di lokasi kejadian, tiba-tiba datang sebuah treler yang dipandu seorang pemuda berusia 28 tahun yang disyaki hilang kawalan lalu terbalik dan merempuh kereta dinaiki Ah Fook.

“Akibat pelanggaran itu, kereta mangsa terseret sejauh kira-kira 10 meter dan terperosok bawah treler berkenaan,”katanya ketika dihubungi di sini.

Mohammad Shofee berkata, pemandu treler warga tempatan itu turut mengalami kecederaan ringan luka di telinga serta dahi.

Tambah Mohammasd Shofee, punca kemalangan disebabkan pemandu treler tersebut hilang kawalan dan melanggar kereta yang datang dari arah bertentangan.

PERHATIAN: Pihak KAMI tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KAMI juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut. Click Disini

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan

Share Ya. Terima Kasih!

RAKAMAN VIDEO : SILA KLIK DI SINI

Sumber Kosmo

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *