Semasa

Tak Puas Hati Perangai Di kelas, Guru KAFA Didakwa Hempas Murid Hingga Patah Kaki

Seorang murid lelaki didapati mengalami kecederaan patah kaki  selepas didakwa menjadi mangsa amarah seorang guru

Kelas Agama dan Fardu Ain (KAFA) dalam kejadian di sebuah sekolah di  Marang.

Menerusi laporan dari Berita Harian, kejadian yang menimpa kanak-kanak berusia 9 tahun itu dipercayai berlaku pada 6 Julai lalu ketika berada di sekolah berkenaan.

Menurut sumber, kecederaan yang dialami kanak-kanak berkenaan mulai disedari ibunya kira-kira jam 5 petang selepas mangsa mengadu sakit di bahagian kaki.

Dalam pada itu,  Ketua Polis Daerah Marang, Deputi Superintendan Mohd Zain Mat Dris ketika dihubungi  telah mengesahkan bahawa ada menerima laporan berhubung kejadian tersebut.

Menurut beliau, siasatan lanjut sedang dijalankan mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan.

Antara Reaksi Netizen:

“Tunggu je polis siasat…terkdg knk2 ni pandai cri helah supaya x d marahi…umur 9thn kira kuat jgk lh Cikgu nk angkat dn hempas anak tu…ingat WWF ka…klau patah semasa d hempas camna dia nk jln blk dr sklh ” – Zai Zaira

“Dulu pernah kes begini, murid cakap cikgu hempas hingga patah kaki. Selepas polis siasat rupa-rupanya murid tu jatuh sendiri. Apa-apa pun tunggu hasil siasatan.” – Abdullah

“umur 9 tahun apa budak tu tahu cikgu.. Nak mengajar buat cara nak mengajar. Kalau baran, baik design jer.” – Amira

“Kena dengar dua belah pihak, jangan pandai² letak hukum, silap haribulan jadi fitnah, sanggup ke pi cari kat padang mahsyar nanti, budak² sekarang cukup bijak buat helah utk selamatkan diri…” – Sukimah

PERHATIAN: Pihak KAMI tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KAMI juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut. Click Disini

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan

Share Ya. Terima Kasih!

Sumber: Berita Harian (Zatul Iffah Zolkiply)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *