Kita kerap mendengar pelbagai kes jenayah yang berlaku di lebuh raya di mana ada pihak yang mengambil kesempatan terhadap pengguna jalan raya.
Terutamanya golongan wanita yang memandu bersendirian.
“You ada tayar spare tak?” soal mereka.
“Saya tak tahu, rasanya ada kot?” balas saya, lalu mereka suruh buka bonet kereta, dan tengok ada tayar spare.
Terus mereka tukarkan tayar itu. Tak sampai lima minit pun mereka tukar. Ya Allah, mulianya hati mereka.
Padahal mereka tengah rushing tapi sanggup berhenti sekejap untuk tolong kita.
Selepas tukar tayar, mereka terus pergi. Kita sempat cakap terima kasih saja, tak sempat nak menghulur duit apa-apa.
Di sini cuma nak cakap, kalau ada sesiapa yang kenal pemilik Honda Accord JRA 9606 ini, beritahu kita please.
Rasa tak sedap pula sebab tak sempat nak hulur apa-apa. Thank you so much korang.
Alhamdulillah tuhan mempermudahkan urusan kita hari ini. Dia hantar orang yang baik untuk membantu kita.
Sama-sama kita semua amalkan sikap suka tolong-menolong dan bantu-membantu tanpa mengira siapapun orang ‘susah’ yang memerlukan.
PERHATIAN: Pihak KAMI tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KAMI juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan
Share Ya. Terima Kasih!
Sumber: Cik Dyla