Semasa

Diseret Sehingga 29Meter, Penolong Pengarah JPN Kelantan Meninggal Dunia Dilanggar Ketika Berjalan

KOTA BHARU – Penolong Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan maut akibat diseret sejauh 29 meter oleh sebuah kereta ketika berjalan kaki di tepi Jalan Kota Bharu-Pasir Puteh di Padang Kala dekat sini pada Khamis.

Mangsa, Nik Mohd Hissham Mohamed Nor, 45, meninggal dunia dalam kemalangan pada jam 11.30 pagi itu.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Mohd Rosdi Daud berkata, polis menerima panggilan daripada Bilik Gerakan Kota Bharu memaklumkan seorang pejalan kaki lelaki maut selepas terlibat dalam kemalangan di Jalan Kota Bharu-Pasir Puteh, di sini.

Nik Mohd Hissham berkata, akibat rempuhan itu, mangsa terseret sejauh 29 meter ke bahu jalan dan meninggal dunia di lokasi kejadian.

“Kereta yang merempuh mangsa itu dipandu oleh seorang pemuda yang berusia 25 tahun bersama seorang penumpang lelaki berusia 24 tahun.

“Ujian saringan air kencing, kedua/duanya negatif dadah manakala pemeriksaan pada kereta mendapati kemik pada bahagian bumper depan dan cermin hadapan pecah,” katanya.

Beliau berkata, mayat mangsa dibawa ke Hospital Universiti Sains Malaysia untuk bedah siasat.

“Kemalangan dipercayai berpunca akibat kecuaian dan kelekaan pemandu kereta Perodua Axia tersebut.

“Pemandu tidak berhati-hati dan berhemah hingga menyebabkan berlakunya kemalangan dan kematian kepada mangsa bagaimanapun siasatan masih diteruskan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

Salam takziah
Al-fatihah (dibaca)
بِسْم ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم۞ ٱلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلْعَـلَمِين۞ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم۞ مَـلِكِ يَوْمِ ٱلدِّين۞ إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ۞ ٱهْدِنَا ٱلصِّرَطَ ٱلْمُسْتَقِيمَ۞ صِرَطَ ٱلَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ۞ غَيْرِ ٱلْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ ٱلضَّاۤلِّينَ۞ امين

Semoga Allah terima segala amalan arwah dan mengangkat darjatnya disisi Allah,
Semoga pemergian arwah menjadi kerehatan sebenar dari urusan dunia,
Semoga dilindungi dari seksa kubur dan semoga roh arwah ditempatkan dikalangan para solehah,

Allahumma Solli Ala Sayyidina Muhammad.
Amiin Amiin Amiin..

Ucapan Takziah Kematian
إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعونَ
Ya Allah Ya Tuhanku ampunilah dia, rahmatilah dia, maafkanlah dia, muliakanlah kematiannya, lapangkanlah kuburnya, jadikanlah syurga sebagai ganti tempat tinggalnya dan berilah kesabaran kepada ahli keluarganya, semoga arwah di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman…. Aaamiin Ya Robbal Aalamiin..

PERHATIAN: Pihak KAMI tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KAMI juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut. Click Disini

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan

Share Ya. Terima Kasih!

Sumber SH

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *