Semasa

Agensi pelancongan mohon maaf -“Kami dah sedaya upaya terbangkan jemaah”

Kisah bakal jemaah haji yang terkandas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) selepas dipercayai menjadi mangsa ‘scam’ satu syarikat agensi pelancongan swasta telah mendapat perhatian ramai.

Mana tidaknya, ada di antara mereka telah berada di KLIA sejak 28 Jun lalu memandangkan pihak agensi kerap memberitahu bahawa jadual penerbangan ke Jeddah ditukar-tukar.

Suasana KLIA menjadi begitu sebak sehingga meraih rasa simpati warganet kerana merasakan para jemaah sudah diperdaya dengan visa furada yang dijanjikan sebelum ini.

Dalam pada itu, individu yang juga wakil kepada agensi pelancongan tersebut memaklumkan yang sebarang kenyataan perlu berbincang dengan peguam terlebih dahulu.

“Saya akan bincang dengan peguam saya dahulu. Kerana bukan kami sahaja yang gagal, ramai lagi agensi pelancongan gagal.

“Tetapi kami terkedepan kerana kami bawa jemaah ke lapangan terbang, kami memang mencuba sedaya upaya.

“Untuk ketika ini, semua group UC Travel sedang menjawab semua (persoalan) berkaitan jemaah kami,” katanya lagi.

Tambahnya, pihak UC Travel akan melakukan sidang media pada minggu hadapan bagi memberi penjelasan berkenaan kejadian yang menimpa hampir 400 bakal jemaah haji.

Setakat ini, 17 laporan polis telah dibuat bakal jemaah haji yang terkandas di sekitar Lembah Klang dan siasatan dijalankan oleh pihak polis dibawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) turut sama menyiasat kejadian tersebut dibawah Seksyen 8 (1) (d) Akta Industri Pelancongan 1992 [Akta 482].

PERHATIAN: Pihak KAMI tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KAMI juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut. Click Disini

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan

Share Ya. Terima Kasih!

Sumber Ohmymedia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *