Semasa

“Ada Yang Kumpul Duit Seumur Hidup” – 400 Jemaah Haji Terkandas Di KLIA Slps Ditipu Agensi Pelancongan

Sejak semalam kecoh diperkatakan mengenai hampir 400 jemaah bakal haji yang menggunakan visa furada terkandas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) didakwa ditipu agensi pelancongan swasta.

RAKAMAN VIDEO DI BAWAH SEKALI

Memetik laporan Astro Awani, salah seorang jemaah dari Kelantan, Marina Abu Zahar menjelaskan mereka menunggu daripada jam 12 tengah hari selepas mendengar taklimat terakhir malam semalam. Mereka dikatakan akan terbang pada jam 4.25 petang Khamis.

Saya cuma nak beritahu kepada ‘Tan Sri’ itu tadi, tolong lah sedar… jangan permainkan agama, jangan perkotak katikkan perasaan orang nak pergi haji.

Difahamkan, pasportnya dan jemaah lain masih lagi dipegang oleh syarikat agensi pelancongan berkenaan.

Ada di antara jemaah telah membuat laporan polis dan beransur pulang ke kediaman masing-masing.

Terdahulu, berlaku kekecohan di Balai Pelepasan KLIA melibatkan bakal jemaah haji visa furada untuk menunaikan haji dan tidak melalui Lembaga Tabung Haji (TH).

Visa furada ialah visa yang diuruskan sendiri dan dilaporkan dikeluarkan oleh Arab Saudi, tanpa membabitkan jumlah kuota yang diperoleh TH.

PERHATIAN: Pihak KAMI tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KAMI juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut. Click Disini

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan

Share Ya. Terima Kasih!

TONTON VIDEO DI BAWAH:

Kredit: Astro Awani

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *