Semasa

Buntu Kumpul Duit Kawen Tak Cukup, Lelaki Maut Minum Racun Tikus Di Kubur lsteri

Gara-gara runsing fikir cara nak cari duit bagi melangsungkan perkahwinan keduanya bersama dengan seorang janda, seorang lelaki dilaporkan maut akibat minum racun tikus, lapor detik Jatim.

PUNCA KEJADIAN DI BAWAH SEKALi

Perkara tersebut telah disahkan oleh pihak polis yang menyimpulkan bahawa kematian mangsa adalah disebabkan oleh meminum racun tikus sehingga meninggal dunia.

Polis juga turut menyatakan bahawa mangsa telah membunuh diri akibat terdesak untuk mencari duit bagi membiayai perkahwinannya.

Kemudian, mangsa telah pulang sekitar jam 2.30 petang dengan membawa bahan-bahan kasut. Namun, mangsa keluar dari rumah semula bersendirian selepas menukar bajunya.

Menurut anak mangsa, ketika itu arwah bapanya pergi tanpa mengucapkan selamat tinggal. Dia juga tidak tahu apa yang dibawa mangsa.

Dia mendapat tahu berkenaan pesanan terakhir bapanya itu dari seorang pekerja. Melalui mesej itu, dia bagaikan mengucapkan selamat tinggal untuk pergi selamanya.

“Pekerja itu memberitahu saya bahawa mangsa ada memberitahunya berkenaan tuntutan gaji seterusnya, pekerja diminta untuk bertanya terus kepada saya, ” dia menambah.

Polis membuat kesimpulan bahawa kematian mangsa berpunca daripada meminum racun tikus bercampur racun serangga di kubur isterinya. Pengusaha perniagaan kasut ini terdesak untuk menamatkan riwayat hidupnya akibat masalah kewangan untuk berkahwin semula.

Ketua Perhubungan Awam Polis Mojokerto, Iptu Khoirul Umam berkata, penjaga Tanah Perkuburan Islam di Kampung Gedeg, Bambang Utomo (52) pada mulanya terlihat mangsa sedang menziarahi ke kubur isterinya sekitar jam 5 petang.

Kira-kira 30 minit kemudian, penjaga tanah kubur tersebut telah kembali ke kawasan tanah perkuburan untuk menghidupkan lampu di situ.

Dia kemudiannya mendapati bahawa mangsa sudah pun meninggal dunia di atas kubur isterinya.

Ketika siasatan, polis telah menemui 1 paket ubat nyamuk, 2 bungkus bekas racun tikus, 1 paket sisa ubat nyamuk, gunting, selipar serta bekas muntah mangsa di tempat kejadian.

PERHATIAN: Pihak KAMI tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KAMI juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut. Click Disini

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan

Share Ya. Terima Kasih!

Sumber: Detik.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *