Semasa

Wanita yg mengaku hafaz aI-Quran buka tudung dan pakaian atas pentas akhirnya menerima padah

Tular sebuah video memaparkan seorang wanita bertindak menaggalkan pakaiannya di atas pentas dalam sebuah acara yang dipercayai berlangsung di Taman Tun Dr Ismail (TTDI), Kuala Lumpur.

TONTON RAKAMAN VIDEO ADA DI BAWAH SEKALI

Seorang pengguna laman Facebook, Ibrahimsaleh Kediok berkongsi video itu yang pada mulanya kelihatan wanita tersebut mengenakan baju kurung dan berhijab sambil memperkenalkan diri.

Tidak cukup dengan itu, kedengaran suara penonton bersorak seperti gembira dengan tindakan dilakukan wanita terbabit yang secara terang-terangan mempersendakan agama Islam.

Posting tersebut dikongsi sebanyak 5,900 kali dan 4,500 komen netizen dimana rata-rata meluahkan kemarahan serta mengecam perbuatan biadab wanita berkenaan.

Tidak kurang terdapat juga individu menggesa pihak berkuasa mengambil tindakan terhadap wanita itu kerana mempermainkan agama Islam di mata orang ramai.

Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan bila kejadian itu berlaku dan tiada maklumat lanjut berhubung acara tersebut.

“Naya la mcm ni..makin lama makin ramai orang perempuan menjatuhkan maruah dan memalukan diri sendiri..Allah telah menjaga aib mereka,tetapi mereka sendiri yang membuka malah mereka lebih merasa bangga.jika sampai suatu masa Allah menimpakan bencana dan musibah untuk kita,semoga diwaktu itu kita tergolong dikalangan org2 yg beriman.” – Zaiful

KUALA LUMPUR: Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) telah menjalankan siasatan awal berhubung satu klip video tular disyaki menghina agama Islam baru-baru ini yang berlaku di sebuah kelab di sekitar Taman Tun Dr Ismail di sini.

Pengarahnya Datuk Mohd Ajib Ismail berkata pihaknya mengambil maklum berkenaan video tular berkenaan dan siasatan awal telah dilaksanakan oleh Bahagian Penguatkuasaan Jawi.

Di bawah Seksyen 7, Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997 (Akta 559), mana-mana individu yang secara lisan atau secara bertulis atau dengan gambaran yang tampak atau dengan cara-cara lain menghina agama Islam atau menyebabkan Islam dipandang hina, mempersendakan, mengajuk-ngajuk atau mencemuh amalan atau upacara yang berhubungan dengan agama Islam merupakan satu kesalahan yang apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM3,000 atau penjara maksimum dua tahun atau kedua-duanya.

Mohd Ajib berkata kepada Bernama ketika dihubungi hari ini bahawa Jawi tidak akan berkompromi dengan sebarang perbuatan yang bertujuan menghina dan mencemarkan imej serta kesucian Islam yang berlaku di Wilayah Persekutuan khususnya menjelang ketibaan Aidiladha yang mulia.

Video berdurasi 54 saat itu tular di media sosial dan mendapat pelbagai komen dalam kalangan netizen apabila seorang wanita yang bertudung dan memakai baju kurung mendakwa dirinya telah menghafaz 15 juzuk Al-Quran lalu menanggalkan pakaian yang menutup aurat itu dan hanya meninggalkan pakaian yang mencolok mata.

Perbuatannya itu telah mendapat sorakan dan gelak tawa dalam kalangan penonton kelab berkenaan.

PERHATIAN: Pihak KAMI tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KAMI juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut. Click Disini

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan

Share Ya. Terima Kasih!

RAKAMAN VIDEO :

Tonton Video : SILA KLIK DI SINI

Sumber: Facebook Ibrahimsaleh Kediok

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *