Dalam menghadapi peningkatan inflasi melanda negara, hampir semua pihak terkesan dengan kenaikan harga barang termasuk pembekal, peruncit dan pengguna terutama bagi golongan B40 dan M40.
𝖳𝖮𝖭𝖳𝖮𝖭 RAKAMAN VIDEO ADA DI BAWAH SEKALI
Justeru, pihak atasan digesa mencari jalan penyelesaian terbaik dan bukan memberikan kenyataan yang lebih mengundang kemarahan rakyat seperti dihadapi oleh seorang ‘pengarah’ ini.
“Kalau boleh kita sebagai pengguna kan. Kalau kita dah tahu harga telur tinggi. Kalau boleh kita kurangkan sikit makan telur.
“Kalau seminggu kita makan lebih kurang 20 biji. Kita kurangkan jadi 10-15 biji. Tak ada masalah! Itu adalah cara, gaya hidup kita,” kata Norena.
Berikutan itu, kebanyakan netizen meluahkan rasa kurang berpuas hati dengan kenyataan Norena yang disifatkan tidak masuk akal, seolah-olah sekadar ‘bercakap’ sahaja.
Segelintir netizen berpendapat bahawa telur adalah sumber protein yang paling mampu didapati oleh orang ramai, jadi mengapa perlu mengurangkan pengambilan makanan berkenaan.
“Level pengarah duduk bilik berhawa dingin..cakap tak tengok kiri dan kanan..gaji besar,elaun ada…tunggu ko pencen ,segala kemudahan tiada… Tak payah sembang..nanti cuba jangan claim pada kerajaan sebarang tuntutan elaun.. RM1 pun tak boleh kurang ,hendak turun padang pun pakai driver… Kos hidup rakyat dah bertambah.. Setiap bulan kena beli mask. Ayam naik harga, Telor naik harga. Minyak nanti naik harga lagi..Gaji rakyat jelata tak naik..Agak-agak nasihat dia ni boleh pakai..ker???” – Azaman Baba
“Apa kelayakan ye sbg ketua kpdnhep ni selain bercakap mcm tak pergi sekolah?? Dah memang skop kerja kau pantau harga barangan.. Baik kau jadi tukang kebun sekolah” – Siti Isha
“Nie namanya kementerian tak fikirkan perihal rakyat jelata..kalau mcm tu baik tak payah pegang jawatan tu..dah mcm YB2 skg nie senang buat statement…kepala bana betul la…” – Faisal
“Walaupun di pilih dlm jawatan tinggi..x semestinya cerdik n bijak pandai.. Byk sel2 otak yg x berfungsi.. Simpan sikit laa kebodohan tu weh..” – Zue
Telur pun dah habis murah. Dah tu nak makan apa lagi?
PERHATIAN: Pihak KAMI tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KAMI juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan
Share Ya. Terima Kasih!
𝖱𝖠𝖪𝖠𝖬𝖠𝖭 𝖵𝖨𝖣𝖤𝖮 :
Hahahaha pengarah. Hahahaha pic.twitter.com/RkdQpoEr4R
— HermyR (@HermyRahim) July 1, 2022