Semasa

lsteri Ketua Kampung, Zuliana Said Meninggal Dunia Dicekik Dalam Kejadian Samun

BERA – Isteri kepada Ketua Kampung Felda Mengkuang di sini maut dipercayai dicekik dalam satu kejadian samun di rumahnya di Felda Mengkuang di sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 6 pagi itu, mangsa Siti Zuliana Said, 52, ditemui meninggal dunia di lokasi kejadian manakala suami mangsa mengalami kecederaan dan pengsan akibat dipukul.

Suspek dikatakan melarikan diri ke arah Jempol Negeri Sembilan dengan menaiki kereta jenis Honda City milik mangsa.

Timbalan Ketua Polis Daerah Bera, N. Kumaran berkata, kes itu masih dalam siasatan pihak polis dan usaha mengesan suspek giat dilakukan pada masa ini.

“Kami percaya suspek melarikan diri menggunakan kenderaan milik suami mangsa iaitu kereta jenis Honda City berwarna perak dengan nombor pendaftaran DAD9799.

“Polis melakukan usaha mengesan suspek dan mengharapkan orang ramai yang melihat kenderaan itu segera melaporkan kepada balai polis berhampiran,” ujarnya.

“Allahu akbar, aku berlindung dgn Mu Ya Allah dari kejahatan syaitan dari golongan jin dan syaitan dari golongan manusia seperti ini!”- Zack

“Tekanan hidup makin mmuncak di msia.
Jgn terkejut bnyk lg kes2 samun mcm ni bkl berlaku.” – Amir

“Orang terdekat Kut isteri nya nampak wajah samun lepas tu dia cekit isteri nya.innalilahiwainahirojiun” – Abd Wahab

“Malaysia dah tak selamat dah..nak pindah negara johor lah macamnih…hurmm” – Aren

Salam takziah
Al-fatihah (dibaca)
بِسْم ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم۞ ٱلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلْعَـلَمِين۞ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم۞ مَـلِكِ يَوْمِ ٱلدِّين۞ إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ۞ ٱهْدِنَا ٱلصِّرَطَ ٱلْمُسْتَقِيمَ۞ صِرَطَ ٱلَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ۞ غَيْرِ ٱلْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ ٱلضَّاۤلِّينَ۞ امين

Semoga Allah terima segala amalan arwah dan mengangkat darjatnya disisi Allah,
Semoga pemergian arwah menjadi kerehatan sebenar dari urusan dunia,
Semoga dilindungi dari seksa kubur dan semoga roh arwah ditempatkan dikalangan para solehah,

Allahumma Solli Ala Sayyidina Muhammad.
Amiin Amiin Amiin..

Ucapan Takziah Kematian
إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعونَ
Ya Allah Ya Tuhanku ampunilah dia, rahmatilah dia, maafkanlah dia, muliakanlah kematiannya, lapangkanlah kuburnya, jadikanlah syurga sebagai ganti tempat tinggalnya dan berilah kesabaran kepada ahli keluarganya, semoga arwah di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman…. Aaamiin Ya Robbal Aalamiin..

PERHATIAN: Pihak KAMI tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KAMI juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut. Click Disini

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan

Share Ya. Terima Kasih!

Sumber Kosmo

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *