Sungai Petani: Tidak berpuas hati berhubung isu perniagaan, seorang remaja perempuan diserang seorang wanita bersenjatakan kunci kereta dalam kejadian berhampiran gerai mainan di Pantai Merdeka, Kota Kuala Muda, dekat sini semalam.
TONTON RAKAMAN VIDEO YANG BERKAITAN ADA DI BAWAH SEKALI
Kejadian jam 6.22 petang itu menyebabkan mangsa berusia 18 tahun dan tidak bekerja itu cedera di kening kanan dipercayai akibat ditikam kunci kereta.
“Bagaimanapun, siasatan lanjut masih dijalankan dan mangsa sudah mendapatkan rawatan di hospital,” katanya.
Terdahulu, rakaman video berhubung insiden itu yang memaparkan kejadian dua wanita berkenaan masing-masing berbaju putih dan hitam bergelut sebelum dileraikan seorang lelaki tular di media sosial.
Dalam rakaman itu, kelihatan kening mangsa yang berbaju putih berlumuran darah dipercayai akibat terkena kunci kereta ketika bergelut dengan suspek berbaju hitam.
Menjengah ke ruang komen, rata-rata netizen mempersoalkan tindakan wanita yang berusia 29 tahun tersebut.
“Perkara paling merugikan diri sendiri bila tak pandai kawal emosi yang akhirnya makan diri. Amarah 5 minit, kesan buruk bertahun2. Rekod confirm buruk.” – Dila
“elok2 boleh niaga sama2 cari rezeki, xpasai2 ke dalam lokap jugak nie gayanya. Mendatangkan kecederaan dgn sengaja pun dah terang2 kat situ. Kot si mangsa guna akta tambahan lain yg boleh memperkukuhkan pendakwaan lagi sakit weeiii… benda dah jadi, nak tak nak kena hadap laaa…nak elak xboleh, sebab ramai saksinya..silap2 habis semua peniaga kena panggil jd saksi kejadian. Siap video bukti kukuh..” – Saida
“Nsib msih menyebelahi ko dik
Klo la kunci tu tkena mata .. Dunia ni dh kepupusan 2/3 drpd kmanusian . Byk da yg hya kulit jer manusia tp dlm hewan n sitan” – Zul
“Mohon siasat dan amek tindakan tegas.. Kalau mcm nie boleh ancam nywa individu.. Boleh buat report cubaan mencederakan dengan niat.. silap2 boleh buat Report cubaan membunuh.. Bahaya nye la” – Azri
PERHATIAN: Pihak KAMI tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KAMI juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan
Share Ya. Terima Kasih!
TONTON VIDEO DI BAWAH:
Smpai berlumuran drah adik nk kena tiikam dengan kunci kereta 😱 pic.twitter.com/8bCHqVfkwQ
— Video Viral Malaysia (@video_malaysia) June 20, 2022
Sumber Harian Metro, Facebook Eyra Syahirah