TANAH MERAH – Seorang suri rumah maut selepas motosikal berkuasa tinggi yang ditunggang suaminya terbabas akibat mengelak sebuah kereta semasa tiba di lampu isyarat di Kilometer 80.5 Jalan Kota Bharu-Machang-Jeli dekat Jabatan Pengangkutan Jalan, Bukit Bunga di sini semalam.
RAKAMAN VIDEO ADA DI BAWAH SEKALI
Mangsa, Sharipah Saad,48, dan suaminya, Asmiran Dahari,50, dipercayai sedang dalam perjalanan menuju ke acara Terengganu Bike Week di Pantai Batu Burok, Terengganu sebelum mereka terlibat nahas tersebut kira-kira pukul 11.30 pagi itu.
Ketua Polis Daerah Tanah Merah, Superintendan Wan Zulfikri Wan Othman berkata, siasatan awal mendapati, Asmiran yang merupakan pemandu bas membonceng mangsa dengan menunggang motosikal jenis Kawasaki GTR 1400 dari Bayan Lepas, Pulau Pinang menuju ke Kuala Terengganu.
Katanya, siasatan awal turut mendapati, kemalangan tersebut berpunca daripada kegagalan penunggang motosikal berkuasa tinggi itu untuk menjaga jarak pemanduan sehingga menyebabkan hilang kawalan.
Tambahnya, siasatan lanjut masih dijalankan dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Luahan dari kenalan yang menyentuh hati:
Perginya seorang kakak, seorang mak , seorang sahabat seorang penasihat & pendengar yang baik.. Allahuakhabar semoga kak pah ditempatkan dikalangan org2 yang beriman Al-fatihah.. mungkin tikah tak byk cipta kenangan ngn kak tapi kak tak pernah lupa tikah walaupon tikah jauh dari kak, baru2 ni wsap panggey nuri nak suruh mekap dia, kempunan kata dia, Allah rupanya ni permintaan terakhir kak.
Mohon sama sama kita semua sedekahkan Al-fatihah untuk Sharipah Saad yang baru ja pergi tengahri tadi.
Salam takziah
Al-fatihah (dibaca)
بِسْم ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم۞ ٱلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلْعَـلَمِين۞ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم۞ مَـلِكِ يَوْمِ ٱلدِّين۞ إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ۞ ٱهْدِنَا ٱلصِّرَطَ ٱلْمُسْتَقِيمَ۞ صِرَطَ ٱلَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ۞ غَيْرِ ٱلْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ ٱلضَّاۤلِّينَ۞ امين
Semoga Allah terima segala amalan arwah dan mengangkat darjatnya disisi Allah,
Semoga pemergian arwah menjadi kerehatan sebenar dari urusan dunia,
Semoga dilindungi dari seksa kubur dan semoga roh arwah ditempatkan dikalangan para solehah,
Allahumma Solli Ala Sayyidina Muhammad.
Amiin Amiin Amiin..
Ucapan Takziah Kematian
إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعونَ
Ya Allah Ya Tuhanku ampunilah dia, rahmatilah dia, maafkanlah dia, muliakanlah kematiannya, lapangkanlah kuburnya, jadikanlah syurga sebagai ganti tempat tinggalnya dan berilah kesabaran kepada ahli keluarganya, semoga arwah di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman…. Aaamiin Ya Robbal Aalamiin..
PERHATIAN: Pihak KAMI tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KAMI juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan
Share Ya. Terima Kasih!
Tonton Video : SILA KLIK DISINI
Sumber Kosmo